awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
KPDN Kedah kesan 1,071 kes, nilai kompaun lebih RM867,000
Onn Hafiz mohon rakyat Johor peka perkembangan cuaca semasa
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tanah Runtuh Batang Kali: Angka kematian dijangka meningkat, masih ramai tertimbus

Afiezy Azaman
Afiezy Azaman
16/12/2022
02:00 MYT
Tanah Runtuh Batang Kali: Angka kematian dijangka meningkat, masih ramai tertimbus
Usaha mencari dan menyelamat masih lagi diteruskan dengan pelbagai aset digerakkan ke lokasi kejadian. - Foto BERNAMA
GENTING HIGHLANDS: Pelbagai agensi penyelamatan digerakkan ke lokasi kejadian tanah runtuh di sebuah tapak perkhemahan di Jalan Batang Kali, Genting Highlands, pada Jumaat.
Berdasarkan pemerhatian Astro AWANI, antara agensi terlibat termasuk Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Polis Diraja Malaysia (PDRM), Angkatan Pertahanan Awam (APM), Pasukan Khas Operasi, Taktikal dan Penyelamat Malaysia (STORM), Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM).
Berdasarkan laporan awal, kejadian berlaku di tapak perkhemahan dikenali sebagai Father's Organic Farm, pada sekitar jam 2 pagi.
[LAPOR LANGSUNG] Tanah runtuh Batang Kali: 2 maut setakat ini; 37 berjaya diselamatkan
Kejadian tersebut telah berlaku di tepi jalan berhampiran Father's Organic Farm dan telah menghempap tapak perkhemahan yang berada berdekatan dengan jalan tersebut.
JBPM melaporkan ketinggian runtuhan dianggarkan 30 meter dengan anggaran keluasan runtuhan sebesar tiga ekar.
Maklumat terkini yang diterima seramai 79 pengunjung dan 15 pekerja tapak perkhemahan berada di lokasi semasa kejadian.
PDRM telah mengesahkan dua mangsa meninggal dunia, puluhan lagi cedera dan seramai 51 orang masih tidak ditemui.
Usaha mencari dan menyelamat masih lagi diteruskan dengan pelbagai aset digerakkan ke lokasi kejadian.
JBPM turut menerbangkan dron di sekitar lokasi kejadian untuk melihat bentuk muka bumi dalam misi penyelamatan.
Topic Berkaitan
#tanah runtuh
#batang kali
#tapak perkhemahan
#Father's Organic Farm
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan