awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tibi: 10 kluster baharu di tujuh negeri, Johor catat kes tertinggi
Ketegangan bidang kuasa Persekutuan-negeri seret Petronas ke tengah pertikaian undang-undang
Kekurangan air meruncing di Bandaraya Gaza meskipun saluran bekalan utama dibuka semula
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tanah runtuh Batang Kali: DUN Perak bertafakur

Bernama
Bernama
21/12/2022
02:35 MYT
Tanah runtuh Batang Kali: DUN Perak bertafakur
Speaker DUN Perak Datuk Mohamad Zahir Abdul Khalid bagi pihak dewan negeri menzahirkan rasa simpati dan ucapan takziah kepada keluarga mangsa kejadian sebelum memulakan persidangan.- Foto BERNAMA
IPOH: Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak bertafakur selama kira-kira seminit bagi memperingati insiden tanah runtuh tapak perkhemahan Father's Organic Farm, Gohtong Jaya, Batang Kali, Selangor.
Speaker DUN Perak Datuk Mohamad Zahir Abdul Khalid bagi pihak Dewan Negeri menzahirkan rasa simpati dan ucapan takziah kepada keluarga mangsa kejadian sebelum memulakan persidangan di Bangunan Perak Darul Ridzuan di sini hari ini.
"Ia satu tragedi luar jangka dan turut dirasai seluruh negara. Semoga keluarga mangsa tabah menghadapi dugaan ini.
"Dewan ingin zahirkan penghargaan kepada setiap anggota keselamatan dan petugas yang terlibat dalam misi mencari dan menyelamat mangsa," katanya sebelum meminta seluruh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) beragama Islam untuk menyedekahkan Al-Fatihah, manakala mereka yang bukan beragama Islam untuk sama-sama bertafakur seketika.
Tragedi tanah runtuh pada pukul 2.42 pagi Jumaat lepas di tapak perkhemahan berkenaan setakat ini menyaksikan 61 orang selamat, 25 terkorban dan lapan lagi masih hilang.
-- BERNAMA
Ikuti laporan terkini di laman mikro Astro AWANI
Topic Berkaitan
#ADUN
#Tanah Runtuh Batang Kali
#bertafakur
#Father's Organic Farm
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan