awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Liga Super: Dua jaringan Luqman Hakim pacu kemenangan NSFC
Nelayan dikhuatiri hilang jatuh laut di Tanjung Kubung
AHF perkasa pembangunan belia, lahir bakat hoki ke arah Sukan Olimpik
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tanah runtuh Batang Kali: JKKP siasat jika aktiviti pekerjaan jadi punca insiden

Bernama
Bernama
16/12/2022
12:44 MYT
Tanah runtuh Batang Kali: JKKP siasat jika aktiviti pekerjaan jadi punca insiden
Menteri Sumber Manusia V. Sivakumar berkata siasatan akan dimulakan sebaik sahaja pihak JKKP mendapat kebenaran daripada pihak keselamatan untuk memasuki lokasi kejadian. - Gambar fail/BERNAMA
PUTRAJAYA: Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) akan melakukan siasatan lanjut jika terdapat petunjuk wujud aktiviti pekerjaan yang menyebabkan kemalangan dalam insiden tanah runtuh di tapak perkhemahan di Father's Organic Farm, Batang Kali, Selangor.
Menteri Sumber Manusia V. Sivakumar berkata siasatan akan dimulakan sebaik sahaja pihak JKKP mendapat kebenaran daripada pihak keselamatan untuk memasuki lokasi kejadian.
Beliau berkata penyiasat JKKP belum dibenar mengakses lokasi kejadian kerana pasukan keselamatan masih memberi tumpuan kepada usaha mencari dan menyelamat.
Bagaimanapun, mengikut maklumat awal, insiden itu adalah di luar bidang kuasa JKKP berdasarkan peruntukan Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994 (Akta 514) kerana kes tersebut lebih menjurus kepada bencana alam.
[LAPOR LANGSUNG] Tanah runtuh Batang Kali: Angka korban meningkat ke 21 orang, 12 dikhuatiri hilang
"Kementerian Sumber Manusia sentiasa memandang serius setiap kemalangan dan penyakit pekerjaan berpunca daripada aktiviti pekerjaan termasuk kes kejadian berbahaya yang berlaku di sektor pelancongan," menurutnya dalam kenyataan hari ini.
Insiden tanah runtuh melibatkan Father's Organic Farm pada 2.42 pagi itu memerangkap seramai 94 individu termasuk pekerja tapak perkhemahan berkenaan.
Tragedi yang berlaku awal pagi tadi telah meragut 19 nyawa setakat 4.40 petang manakala 14 masih hilang dan 61 lagi berjaya diselamatkan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#JKKP
#Menteri Sumber Manusia V Sivakumar
#Tanah Runtuh Batang Kali
#aktiviti pekerjaan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan