awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Dewan hotel tiba-tiba terbakar, majlis makan malam bertukar tragedi
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Tiga ADUN Pas Perlis terhenti keahlian serta-merta - Abdul Hadi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tanah runtuh Batang Kali: Laungan azan ikhtiar jejaki mangsa terakhir

Madiha Abdullah
Madiha Abdullah
23/12/2022
06:50 MYT
Tanah runtuh Batang Kali: Laungan azan ikhtiar jejaki mangsa terakhir
Sekali lagi laungan azan berkumandang sebagai ikhtiar menjejak kedudukan seorang lagi mangsa. - Foto IG Majlis Keselamatan Negara
BATANG KALI: Memasuki hari kelapan operasi mencari dan menyelamat (SAR) tragedi tanah runtuh di tapak perkhemahan Father's Organic Farm, Batang Kali, sekali lagi laungan azan berkumandang sebagai ikhtiar menjejak kedudukan seorang lagi mangsa.
Anggota pasukan Batalion Ke-25 Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD), Pbt Muhammad Asyraf Ghazali melaungkan azan sebelum memulakan operasi pagi tadi, sebelum bacaan doa yang diaminkan oleh anggota bomba dan pasukan penyelamat yang lain.
"Laungan azan sebelum melaksanakan sebarang misi sentiasa dipraktikkan anggota ATM dan ianya merupakan salah satu usaha secara spiritual dalam mendapatkan petunjuk dan keberkatan dari yang Maha Esa," kata Majlis Keselamatan Negara (MKN) dipetik dari akaun media sosial mereka.
Pencarian mangsa terakhir dipercayai seorang kanak-kanak lelaki itu dimulakan pasukan penyelamat kira-kira jam 8 pagi tadi, dibantu oleh aset dan khidmat enam ekor anjing unit pengesan (K9) dari pelbagai agensi termasuk Polis Diraja Malaysia (PDRM).
Semalam, media melaporkan jumlah mangsa yang diisytiharkan semula secara rasmi seramai 92 individu daripada jumlah asal dianggarkan 94 individu.
Seramai 61 mangsa berjaya diselamatkan manakala 30 mangsa disahkan terkorban dengan seorang lagi mangsa masih hilang.
View this post on Instagram
A post shared by MAJLIS KESELAMATAN NEGARA (@mkn_rasmi)
Cuaca di sini cerah pada sebelah pagi dan dijangkakan hujan di sebelah petang oleh Jabatan Meterologi Malaysia (METMalaysia).
Sehingga kini, 30 mangsa terkorban dalam kejadian tanah runtuh itu, manakala seorang mangsa iaitu kanak-kanak lelaki masih hilang.
Ikuti laporan terkini di laman mikro Astro AWANI
Topic Berkaitan
#operasi mencari dan menyelamat
#Tanah Runtuh Batang Kali
#anjing pengesan K9
#laungan azan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan