HULU SELANGOR: Pasukan mencari dan menyelamat (SAR) di kawasan tanah runtuh Father’s Organic Farm di Gohtong Jaya, Batang Kali, dekat sini, menemui satu lagi mayat mangsa dipercayai lelaki dewasa.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM), mayat mangsa ditemui sekitar pukul 11.16 pagi.

“Kemas kini setakat jam 11.16 pagi, pasukan mencari dan menyelamat (SAR) Operasi Tanah Runtuh Jalan Batang Kali - Genting Highlands telah berjaya menemui seorang lagi mangsa iaitu lelaki dewasa di sektor B.

“Ini menjadikan jumlah mangsa korban tanah runtuh yang berjaya ditemui adalah sebanyak 26 orang.

“Operasi SAR pada hari keenam diteruskan lagi bagi mencari baki tujuh mangsa yang masih hilang,” jelas kenyataan itu.

Operasi turut dibantu 11 jengkaut tanah pelbagai agensi serta sembilan ekor unit anjing pengesan K-9.

LAPORAN KOMPREHENSIF TANAH RUNTUH BATANG KALI DI SINI