awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tanah runtuh Batang Kali: Nga beri penghormatan terakhir kepada mangsa

Bernama
Bernama
19/12/2022
23:10 MYT
Tanah runtuh Batang Kali: Nga beri penghormatan terakhir kepada mangsa
Beliau turut meluangkan masa melawat keluarga mangsa tragedi itu selama 45 minit pada upacara penghormatan terakhir yang berlangsung bermula 10 pagi hingga 10.30 malam tadi di Nirvana 2. - Foto Facebook/Nga Kor Ming Super Fans
KUALA LUMPUR: Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan Nga Kor Ming pada Isnin memberi penghormatan terakhir kepada mangsa yang maut dalam tragedi tanah runtuh Father's Organic Farm, Gohtong Jaya, Batang Kali.
Beliau turut meluangkan masa melawat keluarga mangsa tragedi itu selama 45 minit pada upacara penghormatan terakhir yang berlangsung bermula 10 pagi hingga 10.30 malam tadi di Nirvana 2, di sini.
"Sejurus sidang Parlimen selesai, saya terus bergegas ke Nirvana 2 untuk melawat enam keluarga mangsa-mangsa yang terlibat dan merakamkan salam takziah kepada semua ahli keluarga mangsa... tanda keprihatinan kerajaan terhadap mereka.
"Saya juga menzahirkan bahawa kerajaan komited dan tidak akan berputus asa untuk mencari sembilan lagi yang masih hilang di tempat kejadian," katanya dalam kenyataan malam tadi.
Nga juga menyampaikan salam takziah Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim kepada enam keluarga mangsa itu dan telah memaklumkan kepada mereka bahawa Perdana Menteri turut menzahirkan takziah sebagai tanda keprihatinan dalam sidang Parlimen pada Isnin.
Tragedi Tanah Runtuh Batang Kali
Bencana tanah runtuh yang berlaku pada 2.42 pagi, Jumaat lepas meragut 24 nyawa manakala 61 terselamat dan sembilan daripada 94 mangsa terlibat masih hilang setakat ini.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Nga Kor Ming
#Tanah Runtuh Batang Kali
#Father's Organic Farm
#Nirvana 2
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan