awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pegawai, anggota polis antara 77 penjawat awam ditahan terbabit dadah pada 2025
Jumlah mangsa banjir Pahang menurun, 79 berada di PPS
Ringgit cecah paras tertinggi dalam lima tahun berbanding dolar AS pada awal dagangan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tanah runtuh Batang Kali: Operasi SAR ditangguh - Polis

Bernama
Bernama
19/12/2022
17:19 MYT
Tanah runtuh Batang Kali: Operasi SAR ditangguh - Polis
Ketua Polis Daerah Hulu Selangor Supt Suffian Abdullah berkata operasi itu akan bersambung semula pada 8.30 pagi Selasa. - Gambar fail
BATANG KALI: Operasi mencari dan menyelamat (SAR) sembilan lagi mangsa tragedi tanah runtuh di tapak perkhemahan Father's Organic Farm, Gohtong Jaya di sini, ditangguhkan lewat malam tadi.
Ketua Polis Daerah Hulu Selangor Supt Suffian Abdullah berkata operasi itu akan bersambung semula pada 8.30 pagi Selasa.
"Operasi SAR malam ini telah ditangguhkan pada 11 malam tadi dan akan disambung semula 8.30 pagi esok (Selasa) bergantung kepada keadaan cuaca," katanya kepada Bernama.
Operasi SAR diketuai Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia setakat ini menyaksikan 61 selamat, 24 nyawa terkorban manakala sembilan lagi masih hilang daripada keseluruhan 94 mangsa yang dilaporkan terbabit dalam kejadian runtuhan awal pagi Jumaat lepas.
Sementara itu, tinjauan Bernama di Pos Kawasan Tempat Kejadian (PKTK) di sini, setakat 12 tengah malam tadi, mendapati pengamal media dan anggota penyelamat telah beransur pulang secara berperingkat.
Selain itu, keadaan cuaca di PKTK adalah baik dan berangin dengan suhu mencecah 19 darjah Celcius.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#tanah runtuh
#batang kali
#operasi sar
#polis
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan