awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pemalsuan dokumen: FAM buat laporan polis
Snapchat perkenal lensa AI 'Animate It' untuk cipta video janaan automatik
Luruan monsun: Tiada indikator risiko banjir besar awal 2026 - MetMalaysia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tanah Runtuh Batang Kali: Operasi SAR diteruskan untuk pembersihan, siasatan

Hasimi Muhamad
Hasimi Muhamad
24/12/2022
11:05 MYT
Tanah Runtuh Batang Kali: Operasi SAR diteruskan untuk pembersihan, siasatan
Menurut Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Suprintenden Suffian Abdullah, operasi SAR digerakkan bagi tujuan 'flushing' atau pembersihan dan siasatan di lokasi kejadian. - Gambar BERNAMA
HULU SELANGOR: Operasi mencari dan menyelamat (SAR) di lokasi kejadian tanah runtuh di tapak perkhemahan Father’s Organic Farm, Gohtong Jaya di Batang Kali, di sini, masih diteruskan walaupun mayat terakhir berjaya ditemukan hari ini.
Menurut Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Suprintenden Suffian Abdullah, operasi SAR digerakkan bagi tujuan ‘flushing' atau pembersihan dan siasatan di lokasi kejadian.
“Walaupun kita percaya semua mangsa telah dijumpai, operasi SAR ini masih diteruskan bagi tujuan ‘flushing’ dan juga siasatan di tempat kejadian.
“Kita jangkakan sekiranya tiada halangan atau perkembangan terbaharu mengenai SAR ini, kita jangkakan esok kita akan maklumkan,” katanya dalam sidang media di lokasi kejadian pada Sabtu.
Hadir sama Timbalan Pengarah Operasi JBPM Selangor, Wan Md Razali Wan Ismail.
Jelas beliau, operasi SAR pada hari kesembilan melibatkan 80 keanggotaan termasuk bantuan anjing unit pengesan (K9) serta jengkaut.
Dalam masa sama, Suffian menzahirkan penghargaan kepada semua anggota SAR terlibat dan rakyat Malaysia yang mendoakan proses pencarian mangsa yang berjalan selama sembilan hari.
“Saya dengan ini sebagai komander operasi di tempat kejadian bersama pihak Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) dan semua agensi, mengucap terima kasih atas komitmen yang diberikan,” ujarnya.
Setakat ini, seramai 31 mangsa disahkan terkorban dalam tragedi tanah runtuh berkenaan, sementara 61 individu selamat daripada keseluruhan 92 mangsa yang terlibat.
Terdahulu, mayat mangsa ke-31 ditemukan pasukan SAR di sektor A pada pukul 4.53 petang di dalam ‘sleeping bag’
Ikuti laporan terkini di laman mikro Astro AWANI
Topic Berkaitan
#Tanah Runtuh Batang Kali
#operasi SAR diteruskan
#Ketua Polis Daerah Hulu Selangor
#Suprintenden Suffian Abdullah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan