awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
KPDN Kedah kesan 1,071 kes, nilai kompaun lebih RM867,000
Onn Hafiz mohon rakyat Johor peka perkembangan cuaca semasa
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tanah runtuh Batang Kali: Tiada mangsa ditemui setakat jam 6.30 petang - PDRM

Fareez Azman
Fareez Azman
18/12/2022
11:25 MYT
Tanah runtuh Batang Kali: Tiada mangsa ditemui setakat jam 6.30 petang - PDRM
Menurut Superintendan Suffian Abdullah (duduk, tengah), operasi mencari dan menyelamat mangsa tanah runtuh Batang Kali diteruskan sehingga jam 4 pagi, namun, bergantung kepada cuaca. - Gambar Astro AWANI
BATANG KALI: Operasi mencari dan menyelamat mangsa kejadian tanah runtuh di Jalan Batang Kali-Gohtong Jaya gagal menemui sebarang mangsa setakat jam 6.30 petang Ahad.
Menurut Ketua Polis Hulu Selangor, Superintendan Suffian Abdullah, bagaimanapun, operasi diteruskan sehingga jam 4 pagi, namun, bergantung kepada cuaca.
"Bagi tempoh hari ketiga operasi mencari dan menyelamat setakat ini telah kita laksanakan pagi tadi sehingga jam 6.30 petang.
"Usaha giat ktia lakukan daripada lima pasukan berada di lapangan diketuai Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) masih gagal menemui mangsa hilang," katanya.
Beliau berkata demikian dalam sidang media di lokasi kejadian pada petang Ahad.
Mengulas lanjut, tambah Suffian, beliau turut menzahirkan penghargaan kepada semua agensi yang membantu dalam melaksanakan pencarian yang masuk hari ketiga itu.
"Saya ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada rakan-rakan jabatan terlibat dalam menguruskan bencana kita hari ini.
"Saya selaku Komander Operasi Pusat Kawalan di tempat kejadian, sebenarnya banyak dibantu pasukan sahabat kita, seperti mana dinyatakan dan digariskan dalam MKN 20," katanya lagi.
Sehingga kini, sembilan mangsa masih hilang di lokasi kejadian.
Topic Berkaitan
#Tanah Runtuh Batang Kali
#mayat ditemui
#Father's Organic Farm
#operasi sar
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan