awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Zohran Mamdani ikrar perangi Islamofobia, rasisme terhadap rakyat Palestin
Dewan hotel tiba-tiba terbakar, majlis makan malam bertukar tragedi
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tanah runtuh Batang Kali: Usaha cari mangsa terakhir diteruskan pagi ini

Bernama
Bernama
23/12/2022
02:00 MYT
Tanah runtuh Batang Kali: Usaha cari mangsa terakhir diteruskan pagi ini
Cuaca di lokasi pencarian pagi ini cerah berbanding hujan semalam sehingga menyebabkan operasi SAR terpaksa ditangguhkan atas faktor keselamatan. - Foto fail/BERNAMA
BATANG KALI: Usaha pencarian seorang lagi mangsa tragedi tanah runtuh di tapak perkhemahan Father's Organic Farm, Gohtong Jaya, di sini, memasuki hari kelapan, pagi ini.
Pencarian mangsa terakhir dipercayai seorang kanak-kanak lelaki itu dimulakan pasukan penyelamat kira-kira 8 pagi, dibantu oleh aset dan khidmat enam ekor anjing unit pengesan (K9) dari pelbagai agensi termasuk Polis Diraja Malaysia.
Cuaca di lokasi pencarian pagi ini cerah berbanding hujan semalam sehingga menyebabkan operasi SAR terpaksa ditangguhkan atas faktor keselamatan.
Tragedi tanah runtuh yang berlaku pada 2.42 pagi Jumaat lepas itu setakat ini menyaksikan 61 selamat, 30 nyawa terkorban manakala seorang lagi masih hilang daripada keseluruhan 92 mangsa yang dilaporkan terbabit.
Semalam, operasi yang memasuki hari ketujuh berjaya menemukan empat mangsa terdiri daripada lelaki dan wanita dewasa serta dua kanak-kanak pada kedalaman tujuh meter, lengkap berpakaian dan sudah mula mereput, di sektor C (Riverside) pada 11.04 pagi.
Polis dalam satu sidang media lewat petang semalam juga mengesahkan jumlah rasmi dan sebenar kesemua mangsa yang terlibat dalam insiden itu adalah seramai 92, bukannya 94 orang seperti dilaporkan sebelum ini.
Jumlah terbaharu itu diperoleh setelah perkiraan dan semakan semula dibuat beberapa kali berdasarkan maklumat dan laporan diterima dari pelbagai pihak termasuk ahli keluarga.
-- BERNAMA
Ikuti laporan terkini di laman mikro Astro AWANI
Topic Berkaitan
#tanah runtuh
#batang kali
#Father's Organic Farm
#SAR
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan