awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Liga Super: Dua jaringan Luqman Hakim pacu kemenangan NSFC
Nelayan dikhuatiri hilang jatuh laut di Tanjung Kubung
AHF perkasa pembangunan belia, lahir bakat hoki ke arah Sukan Olimpik
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tanah runtuh Batang Kali: Walaupun baru keluar hospital, Norazam komited ke lokasi

Fareez Azman
Fareez Azman
22/12/2022
09:21 MYT
Tanah runtuh Batang Kali: Walaupun baru keluar hospital, Norazam komited ke lokasi
Norazam ketika ditemui memaklumkan, beliau berada dalam keadaan baik dan dibenarkan pulang hari ini. - Foto Astro AWANI
HULU SELANGOR: Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri Selangor, Datuk Norazam Khamis yang sebelum ini dimasukkan ke Hospital Selayang akibat serangan angin ahmar ringan pada Isnin, dilihat berada di lokasi tragedi tanah runtuh di Father's Organic Farm, Batang Kali di sini pada petang Khamis.
Norazam ketika ditemui memaklumkan, beliau berada dalam keadaan baik dan dibenarkan pulang hari ini.
"Saya dibenarkan keluar hospital hari ini, doktor kata perlu rawatan lanjut.
"Hari ini saya turun di lokasi sebab hendak tengok dan bagi semangat kepada anak-anak buah saya," jelasnya ringkas kepada media.
Tambah Norazam, beliau turut menzahirkan penghargaan kepada pengamal media yang sentiasa memberikan maklumat semasa mengenai oeprasi sekali gus memberi suntikan moral kepada setiap petugas.
"Saya nak ucapkan terima kasih kepada semua pengamal media yang tidak henti-henti memberikan semangat kepada petugas SAR," katanya lagi.
Norazam dimasukkan ke Hospital Selayang pada 6.00 petang Isnin selepas disahkan menghadapi serangan angin ahmar ringan dan keletihan.
Ikuti laporan terkini di laman mikro Astro AWANI
Topic Berkaitan
#Pengarah Bomba Selangor
#tanah runtuh
#batang kali
#Norazam Khamis
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan