awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Dewan hotel tiba-tiba terbakar, majlis makan malam bertukar tragedi
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Tiga ADUN Pas Perlis terhenti keahlian serta-merta - Abdul Hadi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tanah runtuh Batang Kali: Waris mangsa hadir di lokasi pencarian

Fareez Azman
Fareez Azman
19/12/2022
08:43 MYT
Tanah runtuh Batang Kali: Waris mangsa hadir di lokasi pencarian
Kumpulan itu yang terdiri seorang lelaki dan tiga wanita tiba kira-kira jam 4.17 petang sebelum dibawa oleh pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk diberi taklimat di dalam khemas khas.- Foto Astro AWANI
HULU SELANGOR: Empat orang waris mangsa tanah runtuh Batang Kali yang dipercayai masih hilang sejak Jumaat tiba di lokasi pencarian di Jalan Batang Kali - Goh Tong Jaya di sini pada Isnin.
Kumpulan itu yang terdiri seorang lelaki dan tiga wanita dilihat tiba kira-kira jam 4.17 petang sebelum dibawa oleh pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk diberi taklimat di dalam sebuah khemas khas.
Mereka dipercayai waris kepada seorang lelaki dewasa yang dilaporkan hilang di tapak perkhemahan Father’s Organic Farm.
Ikuti perkembangan tanah runtuh Batang Kali DI SINI!
Sebelum ini, Astro AWANI pernah menemui waris mangsa berkenaan yang berada di Balai Polis Hulu Yam pada hari kejadian.
Lelaki yang enggan dikenali itu berkata, beliau telah menghubungi beberapa hospital untuk untuk mencari bapanya yang hilang.
Sehingga kini, 24 mangsa terkorban dalam tragedi tanah runtuh itu, manakala 61 lagi mangsa selamat serta sembilan lagi mangsa masih hilang.
Operasi pencarian masuk hari keempat ketika ini lebih tertumpu di kawasan sektor A,B dan C dibantu jentera pengaut tanah dan Unit Anjing Pengesan K-9 daripada pelbagai agensi.
Topic Berkaitan
#tanah runtuh
#batang kali
#waris
#operasi sar
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan