BALIK PULAU: Bangunan Pusat Falak Sheikh Tahir di Jalan Pantai Acheh, di sini tidak selamat diduduki buat sementara waktu ekoran sebahagian tebing bukit di kawasan itu runtuh.
Kejadian dilaporkan berlaku ketika hujan lebat melanda kawasan tersebut sejak tengah hari Isnin.
Tanah runtuh itu turut menyebabkan beberapa batu besar berdiameter antara 1.5 meter menggelongsor di atas jalan raya yang menjadi jalan utama ke Kampung Pantai Acheh.
Ketua Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Balik Pulau, Mohd Farid Idris berkata, terdahulu pihaknya menerima maklumat daripada orang awam berhubung kejadian pada jam 2.30 petang.
Sebaik tiba di lokasi, anggota bomba mendapati tebing berhampiran Pusat Falak Sheikh Tahir itu mengalami runtuhan sepanjang 300 meter.
"Tiada mangsa dilaporkan terlibat dalam kejadian tersebut, dan pusat falak berkenaan juga tidak terjejas, namun ia masih belum selamat untuk diduduki.
"Pengurusan premis itu sudah dinasihati supaya merujuk perkara berkenaan kepada pihak berwajib demi keselamatan, " katanya ketika dihubungi pada Isnin
Mengulas lanjut Mohd Farid berkata, kerja pembersihan akan dilakukan pihak berkaitan dan dijangka mengambil masa dua hari.
Sehubungan itu, orang ramai dinasihati supaya berhati-hati sewaktu melalui kawasan berkenaan.
Dewi Nur Harasha Alias
Mon Aug 16 2021

Tanah runtuh itu turut menyebabkan beberapa batu besar berdiameter antara 1.5 meter menggelongsor di atas jalan raya yang menjadi jalan utama ke Kampung Pantai Acheh.
Di sebalik aksi berani juruterbang aerobatik
Ikuti sesi eksklusif bersama Kapten John Sham, juruterbang aerobatik pertama negara yang diiktiraf CAAM, ketika beliau bersiap untuk menerbangkan GameBird di LIMA 2025. Dari TUDM ke langit antarabangsa, beliau berkongsi kisah permulaan, latihan ekstrem, dan prinsip yang menjadi tunjang kejayaan.
Pusat Media Antarabangsa lengkap kemudahan
Prasarana di dalam IMC bertujuan menampung keperluan petugas media ketika membuat liputan.
Sindiket sasar pusat hiburan tumpas, dadah RM6.3 juta dirampas
Polis Pulau Pinang mematahkan sindiket pengedaran dadah jenis MDMA yang menyasarkan pusat hiburan di negeri itu selepas menahan enam lelaki dan merampas dadah seberat 37.8 kilogram bernilai RM6.3 juta.
Raja Permaisuri Agong berkenan rasmi Mesyuarat Agung Tahunan PPM di Kelantan
Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah berkenan merasmikan Persidangan Tahunan ke-60 Persatuan Pandu Puteri Malaysia di Kota Bharu, sambil menzahirkan harapan agar ahli persatuan celik digital, bijak memanfaatkan teknologi dan kekal beretika dalam dunia serba moden.

Lima termasuk pelajar maut dalam serangan bom bunuh diri sasar bas sekolah di Pakistan
Serangan turut mencederakan lebih 30 orang, termasuk pelajar sekolah yang berada dalam bas ketika kejadian berlaku.
AWANI Borneo [21/5/2025] – Petronas-PETROS| AirBorneo| Takziah
AWANI Borneo Rabu, 21 Mei 2025 bersama Jasmine Abu Bakar.
1. Muktamad! Petronas teruskan amanah tertakluk di bawah PDA 1974
2. Sarawak muktamad pengambilalihan MasWings menjelang 31 Disember.
3. Jenazah tun Ahmadshah selamat dikebumikan.
1. Muktamad! Petronas teruskan amanah tertakluk di bawah PDA 1974
2. Sarawak muktamad pengambilalihan MasWings menjelang 31 Disember.
3. Jenazah tun Ahmadshah selamat dikebumikan.

Pope Leo XIV desak Israel benarkan bantuan kemanusiaan ke Gaza
Gesaan ini dibuat selepas Israel mengumumkan pembukaan semula laluan bantuan selepas 11 minggu sekatan, namun PBB melaporkan tiada bantuan telah diedarkan setakat ini.
Tun Ahmadshah laksana tanggungjawab dengan baik, berdedikasi
Yang Dipertua Negeri Sabah Kesembilan Tun Ahmadshah Abdullah yang meninggal dunia semalam telah melaksanakan tugas dan tanggungjawab dengan baik serta dedikasi.
RM464.5 juta jayakan SKAS menerusi S Pay
Kerajaan Sarawak telah membelanjakan sejumlah RM464.5 juta bagi menjayakan Program Sumbangan Keperluan Asas Sarawak (SKAS).
Petronas teruskan amanah tertakluk di bawah PDA 1974
Petronas akan meneruskan fungsi, aktiviti dan tanggungjawab yang diamanahkan kepada entiti itu di bawah Akta Kemajuan Petroleum 1974 (PDA 1974) dan peraturan-peraturan di bawahnya.

Tanah runtuh berhampiran Pusat Falak Sheikh Tahir
Ekoran itu, bangunan Pusat Falak Sheikh Tahir di Jalan Pantai Acheh, Balik Pulau tidak selamat diduduki buat sementara waktu.