Kontraktor syarikat pembinaan bagi projek Pembinaan Jalan Berkembar Paya Terubong di Jalan Bukit Kukus, dekat sini, didenda RM22,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini selepas mengaku bersalah atas dua pertuduhan gagal menyediakan prosedur kerja selamat.
Hakim Mazdi Abdul Hamid menjatuhkan hukuman itu terhadap Syarikat Yuta Maju Sdn Bhd yang diwakili pengarah syarikat, Osmera Mamat, selepas beliau menukar pengakuan kepada bersalah pada Rabu.
Kes itu sepatutnya ditetapkan untuk perbicaraan pada Rabu.
Mahkamah mendenda RM20,000 bagi kesalahan pertuduhan pertama dan turut memerintahkan Osmera, yang merupakan Orang Kena Saman (OKS) dalam kes itu menjalani hukuman penjara dua bulan sekiranya gagal membayar denda itu, dan denda RM2,000 atau penjara dua minggu sekiranya gagal membayar bagi pertuduhan kedua yang dihadapi syarikatnya.
Bagi pertuduhan pertama, syarikat itu sebagai majikan didakwa gagal memastikan setakat yang praktik keselamatan, kesihatan dan kebajikan pekerjanya dengan menyediakan prosedur kerja selamat bagi aktiviti mengangkat menggunakan kren bergerak sehingga menyebabkan rasuk jatuh di kawasan tapak pembinaan 'Projek Pembinaan Sebahagian Jalan Berkembar Jalan Paya Terubong Pulau Pinang', pada pukul 8.30 malam, 11 Okt 2018.
Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 15(1) Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994 yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM50,000 atau penjara sehingga dua tahun atau kedua-duanya sekali jika disabitkan kesalahan.
Bagi pertuduhan kedua pula, syarikat tersebut yang merupakan kontraktor dilantik Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) bagi projek itu, didakwa gagal melantik pegawai keselamatan dan kesihatan yang kompeten di tempat kerja pada tarikh, masa dan tempat yang sama mengikut Seksyen 29(2) akta sama.
Seksyen itu memperuntukkan hukuman denda maksimum RM5,000 atau penjara sehingga enam bulan atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.
BACA: Tragedi Bukit Kukus: MBPP antara 4 pihak bertanggungjawab
BACA: Tragedi Bukit Kukus: Tiga kontraktor disenarai hitam
Terdahulu, Pegawai Pendakwa dari Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Pulau Pinang Mohd Najib Anuar memohon hukuman setimpal dikenakan terhadap pengarah syarikat itu yang telah membuat pengakuan salah bagi memberikan pengajaran kepada majikan lain supaya tidak mengabaikan aspek keselamatan di tempat kerja pada masa akan datang.
"Pematuhan terhadap akta adalah sangat penting bagi memastikan setiap aktiviti yang dijalankan mempunyai prosedur kerja selamat dan analisis risiko serta kawalan terhadap risiko dapat dijalankan terlebih dahulu bagi memastikan keselamatan dan kesihatan di tempat kerja terjaga," katanya.
Peguam S. Kanesh yang mewakili Osmera kemudiannya memohon mahkamah mengurangkan denda terhadap anak guamnya atas alasan kejadian yang berlaku adalah akibat angin kencang yang tidak dijangka.
Sementara itu, di mahkamah sama, Mazdi menetapkan 19 Feb ini sebagai tarikh perbicaraan bagi kes yang dihadapi Osmera dan pengarah projek syarikat itu Lai Sin Kian, yang berdepan pertuduhan pindaan gagal menyediakan prosedur kerja selamat sehingga menyebabkan kejadian tanah runtuh di tapak projek di Jalan Bukit Kukus pada 1.50 tengah hari, 19 Okt 2018.
Mengikut pertuduhan pindaan, Lai dan Yuta Maju, masing-masing didakwa sebagai majikan telah gagal mengadakan pengiraan kejuruteraan oleh jurutera bertauliah bagi kerja-kerja 'backfill' atau menampung tanah untuk cerun sementara sehingga menyebabkan kejadian tanah runtuh pada pukul 1.50 tengah hari, 19 Okt 2018.
Lai dan Yuta Maju, yang diwakili Osmera, dituduh mengikut Seksyen 15(1) Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994 yang membawa hukuman denda maksimum RM50,000 atau penjara sehingga dua tahun atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.
Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Pulau Pinang Norliza Abu Othman.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Jan 08 2020

Pasukan Bomba dan Penyelamat membawa keluar mayat yang tertimbus dalam kejadian tanah runtuh projek pembinaan Lebuhraya Berkembar di Jalan Bukit Kukus, Paya Terubong pada 22 Okt, 2018. - Gambar fail

Gabenor Jeneral New Zealand lawat Kompleks Kraf Kuala Lumpur
Tunku Azizah juga berkenan mengiringi Kiro melawat muzium kraf sebelum mengakhiri lawatan 90 minit di Kompleks Kraf Kuala Lumpur itu.

Malaysia rekod jualan eksport RM625.42 juta di CAEXPO 2023 - MATRADE
Jualan yang direkodkan adalah dalam sektor makanan dan minuman, penjagaan kesihatan dan kesejahteraan, produk gaya hidup dan perkhidmatan.

Lapan empangan alami kerosakan perlu pembaikan - NRECC
Kos pembaikan dan penyenggaraan bagi lapan empangan yang mengalami kerosakan dianggar mencecah RM135.82 juta.

Turki tahan 20 individu disyaki ada kaitan letupan di Ankara
Kementerian Dalam Negeri berkata, kesemua suspek itu ditahan di Istanbul dan wilayah Kirikkale, timur Ankara.

Belanjawan 2024: Levi luar biasa bagi penanam sawit Sabah, Sarawak - MPOA
MPOA turut memohon kerajaan untuk menyemak semula ambang harga WPL sebanyak RM500 satu tan minyak sawit mentah.

Pelaksanaan Garis Panduan Buli, Gangguan Seksual perlu komitmen semua pihak - Pakar
Garis Panduan Salah Laku Buli dan Gangguan Seksual akan menjadi komponen penting dalam mewujudkan ekosistem yang selamat di institusi pendidikan.

Pengemaskinian Pelan Tindakan Jerebu Kebangsaan percepat tindakan agensi terlibat
Antara tindakan yang perlu dilaksanakan adalah Nadma akan mengaktifkan Jawatankuasa Pengurusan Bencana.

Lebih 175,000 saman aktif terhadap kenderaan barangan belum dilunaskan - JPJ
Selangor mencatatkan jumlah saman tertinggi sebanyak 61,940 dengan setiap saman yang dikenakan adalah sekurang-kurangnya RM300.

Tindakan 400 jemaah B40 tolak subsidi haji bantu lestarikan kewangan Tabung Haji - Mohd Na'im
Tindakan 400 jemaah haji kategori B40 yang menolak pemberian subsidi tahun ini meskipun layak menerimanya dilihat mampu membantu melestarikan kewangan Tabung Haji.

Ada pihak cemburu, mahu pecahkan Kerajaan Perpaduan - PM Anwar
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata ada pihak tidak senang dan mahu pecahkan Kerajaan Perpaduan kerana cemburu dengan kekuatan gabungan itu.

Saya pilih penjara, tak mahu bayar denda - Abdul Hadi
Daripada membayar denda, beliau berpendapat lebih baik wang itu disalurkan kepada Pusat Asuhan Tunas Islam (Pasti).

EPL: Penggantungan Van Dijk ditambah berserta denda
Pemain kebangsaan Belanda itu diarahkan keluar padang kerana mengasari Alexander Isak dalam separuh masa pertama.

Kumpulan The 1975 diarah bayar denda RM12.3 juta kepada penganjur
Denda itu dikenakan susulan dakwaan pelanggaran kontrak yang dikaitkan dengan persembahan kontroversi mereka di Malaysia bulan lepas.

TikTok berdepan kemungkinan denda langgar privasi kanak-kanak
Lembaga Perlindungan Data Eropah telah mengeluarkan keputusan muktamad berhubung pengendalian data kanak-kanak oleh platform itu.

Berhenti kenderaan lebihi garisan putih berdepan denda, penjara
Pengguna jalan raya yang memberhentikan kenderaan melebihi garisan putih boleh dikenakan tindakan penjara dan denda.

Meta FB didenda AS$13.5 juta di Australia kerana kelirukan pengguna
Syarikat induk Facebook, Meta didenda AUD20 juta (AS$13.5 juta) kerana mengelirukan pengguna.

Sepanyol denda Apple, Amazon AS$217.8 juta kerana amalan antipersaingan
Amazon dan Apple juga menyekat keupayaan jenama lain bersaing dengan Apple untuk memperoleh ruang pengiklanan di laman Amazon di Sepanyol.

UEFA denda Barcelona, Manchester United
Peraturan FFP yang diperkenalkan pada 2010 telah membenarkan kelab melaporkan kerugian tidak lebih daripada "30 juta dalam tempoh tiga tahun.

Mahkamah Tinggi batalkan cadangan denda RM86.77 juta MyCC kenakan terhadap Grab
Hakim Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh turut memerintahkan suruhanjaya tersebut membayar kos RM20,000 kepada ketiga-tiga syarikat tersebut.

Rumah agam Neymar langgar peraturan alam sekitar
Neymar juga berdepan denda $1 juta kerana didapati melanggar peraturan alam sekitar ketika membina rumah mewahnya itu.