NATIONAL

Tanah runtuh Bukit Permai: Mangsa kedua sedang dikeluarkan

Astro Awani 10/03/2022 | 12:48 MYT
Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Norazam Khamis memaklumkan mangsa kedua merupakan seorang wanita dijumpai pukul 7.53 petang tadi. - Foto Astro AWANI/SHAHIR OMAR
KUALA LUMPUR: Mangsa kedua kejadian tanah runtuh di Jalan Teratai, Taman Bukit Permai sedang giat dijalakan oleh pasukan Bomba Selangor.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Norazam Khamis memaklumkan mangsa kedua merupakan seorang wanita dijumpai pukul 7.53 petang tadi.

"Mangsa kedua, seorang wanita berbangsa Cina dijumpai pada jam lebih kurang 7.53 petang. Kerja-kerja membawa keluar sedang dijalankan," katanya.

An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Dalam kejadian petang tadi, 15 kediaman di kawasan perumahan tersebut mengalami kerosakan manakala dua buah rumah tertimbus.

Usaha-usaha menyelamat dua lagi mangsa juga sedang giat dijalankan.

BACA: Tanah runtuh: 15 buah rumah alami kerosakan, 3 mangsa dikhuatiri tertimbus
#tanah runtuh #Ampang #Taman Bukit Permai #kediaman #mangsa #selamat #kerja menyelamat