awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
China larang pemegang pintu tersembunyi pada EV demi aspek keselamatan
Agong berkenan terima menghadap Menteri Agama
Suspek tikam ibu hingga mati direman tujuh hari
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tanah runtuh Bukit Permai: Mayat wanita warga emas dibawa keluar

Umavathi Ramayah
Umavathi Ramayah
10/03/2022
14:18 MYT
Tanah runtuh Bukit Permai: Mayat wanita warga emas dibawa keluar
Anggota penyelamat sedang berusaha untuk mencari mangsa yang dipercayai masih tertimbus selepas tanah runtuh di Taman Bukit Permai, di sini, pada Khamis. - Foto Astro AWANI/SHAHIR OMAR
AMPANG: Polis mengesahkan seorang wanita warga emas merupakan mangsa korban pertama insiden tanah runtuh di Jalan Teratai, Taman Bukit Permai pada Khamis.
Tiga lagi mangsa dikhuatiri masih tertimbus dan operasi mencari dan menyelamat (SAR) masih giat dijalankan di lokasi kejadian.
Menurut Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohd Farouk Eshak, mayat warga emas berkenaan telah dibawa ke Hospital Ampang sejurus selepas ditemukan sekitar jam 9.15 malam Khamis.
Seorang mangsa yang dipercayai suami kepada wanita warga emas berkenaan telah berjaya dibawa keluar sekitar jam 6.30 petang tadi, kata Mohd Farouk.
“Kesemua mereka yang ditertimbus dipercayai lelaki warga tempatan,” katanya ketika ditemui di lokasi insiden di sini, pada Khamis.
Mengulas lanjut, Mohd Farouk memberitahu, Pejabat Daerah Ampang Jaya telah menyediakan satu pusat pemindaan sementara (PPS) di Taman Mega Jaya, di sini.
BACA: Tanah runtuh Bukit Permai: 15 buah rumah alami kerosakan, 3 mangsa dikhuatiri tertimbus
Justeru, beliau menasihati penduduk yang mendiami kawasan berhampiran 100 meter supaya berpindah ke PPS atau ke lokasi yang selamat.
"Kita percaya ada tiga lagi mangsa yang masih tertimbus termasuk dua penduduk dan seorang pekerja Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor),” katanya ketika ditemui di tempat kejadian di sini, pada Khamis.
Mengulas lanjut, Mohd Farouk memberitahu, pasukan Jabatan Kerja Raya (JKR) sedang melakukan penilaian terhadap pergerakan tanah,
Justeru, beliau meminta penduduk berhampiran supaya berpindah ke pusat pemindaan sementara (PPS) di Taman Mega Jaya, di sini atau kawasan yang selamat.
Dalam pada itu, Pengarah Bomba Selangor, Norazam Khamis memberitahu, operasi mencari dan menyelamat akan diteruskan sehingga cuaca mengizinkan.
"Setakat ini, belum ada hujan dan tiada berlakunya pergerakan tanah, jadi operasi akan diteruskan sehingga kesemua mangsa ditemukan," ujarnya.
Bomba menerima panggilan kira-kira pukul 5.52 petang Khamis sebelum pegawai dan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Pandan ditugaskan ke lokasi kejadian.
Berdasarkan laporan awal, sebanyak 15 buah rumah dan 10 buah kenderaan terkesan akibat kejadian tanah runtuh ini.
Seorang mangsa tanah runtuh Taman Bukit Permai disahkan meninggal dunia
BACA: Tanah runtuh Bukit Permai: Perdana Menteri kongsi kesedihan
BACA: Tanah runtuh Bukit Permai: Mangsa kedua sedang dikeluarkan
Sebanyak dua buah rumah dikatakan tertimbus sepenuhnya, manakala baki yang lain separa terjejas.
Topic Berkaitan
#tanah runtuh Bukit Permai
#Hujan lebat berterusan
#mayat pertama
#Mohd Farouk Eshak
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan