awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
China larang pemegang pintu tersembunyi pada EV demi aspek keselamatan
Agong berkenan terima menghadap Menteri Agama
Suspek tikam ibu hingga mati direman tujuh hari
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tanah runtuh Bukit Permai: Perdana Menteri kongsi kesedihan

Astro Awani
Astro Awani
10/03/2022
13:00 MYT
Tanah runtuh Bukit Permai: Perdana Menteri kongsi kesedihan
Anggota JBPM masih melakukan operasi SAR di lokasi kejadian di Bukit Permai, Ampang pada malam Khamis. - Foto Astro AWANI/SHAHIR OMAR
AMPANG: Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkongsi kesedihan berhubung kejadian tanah runtuh yang berlaku di Ampang, petang tadi.
"Saya mendapat berita sedih mengenai kejadian tanah runtuh di Taman Bukit Permai, Ampang, Selangor yang mengakibatkan empat mangsa dipercayai tertimbus.
"Pasukan Bomba dan Penyelamat sedang melakukan kerja-kerja menyelamat dan berusaha mengeluarkan semua mangsa yang tertimbus.
"Sama-sama kita berdoa semoga mangsa-mangsa yang masih dilaporkan hilang ditemui dalam keadaan selamat," katanya dalam kemas kini di laman sosial, sebentar tadi.
Kira-kira 15 buah rumah mengalami kerosakan dan tiga mangsa tertimbus dalam kejadian yang berlaku di Jalan Teratai, Taman Bukit Permai di sini.
BACA: Tanah runtuh Bukit Permai: Mangsa kedua sedang dikeluarkan
Sebanyak dua buah rumah dipercayai tertimbus sepenuhnya, manakala baki yang lain separa terjejas.
Usaha mencari dan menyelamat (SAR) sedang dilakukan, dengan dua mangsa dilaporkan sudah ditemui, mangsa pertama dibawa keluar sekitar 6.30 petang tadi.
Saya mendapat berita sedih mengenai kejadian tanah runtuh di Taman Bukit Permai, Ampang, Selangor. Pasukan Bomba dan Penyelamat terus melakukan kerja-kerja menyelamat secara pantas dan dalam usaha mencari mangsa. pic.twitter.com/CTMnSGjYXW
— Ismail Sabri (@IsmailSabri60) March 10, 2022
Topic Berkaitan
#ismail sabri yaakob
#tanah runtuh Bukit Permai
#Twitter
#Hujan lebat berterusan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan