awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Diaspora India berperanan dalam pembangunan Malaysia - PM Modi
Ultras Selangor dilarang masuk stadium bagi tiga perlawanan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tanah runtuh Cameron Highlands: Operasi SAR sebelah malam disambung SMART dan STORM

Zikry Halim
Zikry Halim
26/01/2024
11:04 MYT
Tanah runtuh Cameron Highlands: Operasi SAR sebelah malam disambung SMART dan STORM
Dua ekor anjing pengesan dari Unit K-9 direhatkan setelah melakukan tugasan mencari dan menyelamat (SAR) melebihi tujuh jam. - Foto Astro AWANI
CAMERON HIGHLANDS: Dua ekor anjing pengesan dari Unit K-9 milik Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) direhatkan sementara setelah melakukan tugasan mencari dan menyelamat (SAR) melebihi tujuh jam di lokasi tanah runtuh di Blue Valley, di sini hari ini.
Menurut Ketua Polis Daerah Cameron Highlands, Deputi Superintenden Azri Ramli, operasi dihentikan pada jam enam petang tadi dan akan disambung oleh Pasukan Khas Taktiktal Operasi Penyelamat Malaysia (STORM) JBPM dan Pasukan Mencari dan Menyelamat Khas Malaysia (SMART).
“Kesemua anggota petugas yang berada di kawasan tragedi pada sebelah siang akan diminta keluar sebelum hari gelap.
“Ini kerana pasukan ini tidak mempunyai peralatan yang sesuai untuk operasi dijalankan pada sebelah malam,“ tambahnya lagi dalam satu sidang media bersama Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Ismail Abdul Ghani pada jam 5 petang tadi.
Menurutnya lagi, operasi akan dijalankan seperti yang diarahkan untuk mencari mangsa, namun ia juga bergantung kepada keadaan cuaca pada sebelah malam.
Untuk rekod, keadaan cuaca adalah tidak menentu semenjak operasi mencari mangsa tanah runtuh dijalankan sejak awal tadi.
Setakat ini dua daripada keseluruhan lima mangsa warga Myanmar sudah ditemui.
Operasi akan diteruskan untuk mencari baki mangsa sehingga kesemuanya dijumpai.
Topic Berkaitan
#tanah runtuh
#Cameron Highlands
#unit K-9
#Anjing pengesan
#operasi sar
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan