awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Amaran hujan berterusan tahap buruk, waspada di Sarawak - MetMalaysia
Disney bayar denda AS$10 juta selesai dakwaan langgar privasi kanak-kanak
Guatemala catat penurunan deportasi 23 peratus, 55,000 warga dihantar pulang sepanjang 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tanah runtuh: Laluan Mantin-Seremban ditutup sementara

Bernama
Bernama
17/11/2022
01:25 MYT
Tanah runtuh: Laluan Mantin-Seremban ditutup sementara
Pihak berkuasa tempatan berada di lokasi kejadian bagi membantu pembersihan tanah dan batu yang runtuh sementara penduduk setempat dinasihatkan berjaga-jaga di kawasan tersebut. - Foto Twitter BERNAMA
SEREMBAN: Kejadian tanah runtuh dan pokok tumbang di Jalan Mantin Batu 8 mengakibatkan laluan Mantin-Seremban bagi kedua-dua arah terpaksa ditutup sementara bagi kerja pembersihan serta pemotongan batang pokok besar.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Mantin Priscilla Carol Thomas berkata pihaknya menerima panggilan kira-kira 1.06 pagi tadi dan lapan anggota bergegas ke lokasi kejadian.
"Tiada mangsa dilaporkan terlibat dan hanya menyebabkan laluan utama terputus iaitu bagi kedua-dua arah Mantin-Seremban yang melalui Bukit Mantin terhalang," katanya kepada Bernama.
Katanya, anggota turut membuat pemantauan sekiranya terdapat pergerakan tanah yang boleh mengakibatkan kejadian tanah runtuh berulang.
Beliau berkata pihak berkuasa tempatan juga ke lokasi kejadian bagi membantu pembersihan tanah dan batu yang runtuh, manakala penduduk setempat dinasihatkan berjaga-jaga di kawasan tersebut.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#tanah runtuh
#jalan tutup
#laluan Mantin-Seremban
#Pokok tumbang
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan