awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Edar vape berisi dadah, warga Singapura antara dua ditahan
TPM Ahmad Zahid cadang Skim Potongan Gaji sukarela perluas program wakaf al-Quran
Lebih 51,000 penerima bantuan JKM di Kelantan masih aktif
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tanah runtuh: NRES kaji pemasangan sistem amaran awal

Bernama
Bernama
30/01/2024
21:00 MYT
Tanah runtuh: NRES kaji pemasangan sistem amaran awal
NRES dalam satu kenyataan memaklumkan sistem berkenaan dijangka dipasang di tujuh kawasan terpilih pada hujung tahun ini. - Gambar Bernama
PUTRAJAYA: Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES) akan mengkaji kesesuaian pemasangan sistem amaran awal seperti tolok hujan secara komprehensif terutama di kawasan yang dikenal pasti berkerentanan tinggi tanah runtuh.
Kementerian itu dalam satu kenyataan memaklumkan, sistem berkenaan dijangka dipasang di tujuh kawasan terpilih pada hujung tahun ini.
"NRES komited terhadap aktiviti penyelidikan dan penggunaan teknologi tinggi terkini dalam mengenal pasti serta pemantauan kawasan hotspot bencana geologi," menurut kenyataan itu.
Menurut NRES, pihak Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia (JMG) dari semasa ke semasa juga akan memperluas dan mengemaskini peta-peta berkaitan melalui Projek Penghasilan Peta Bahaya dan Risiko Cerun (PBRC) dalam menyalurkan maklumat berkenaan kawasan potensi bahaya tanah runtuh kepada pihak berkepentingan.
Kementerian itu juga bersedia bekerjasama dengan pihak berkuasa tempatan (PBT) dan agensi teknikal untuk memperluas program pengurusan risiko bencana melibatkan komuniti kepada penduduk bagi meningkatkan kesedaran dan kesiapsiagaan terhadap bahaya bencana geologi tanah runtuh.
Sementara itu, berhubung kejadian tanah runtuh di Batu 59, Blue Valley, Cameron Highlands, Pahang, siasatan awal JMG mendapati punca kejadian disebabkan hujan yang berterusan.
NRES memaklumkan hujan berterusan bermula 3 petang, 24 Jan lepas dengan jumlah kumulatif hujan harian mencapai 126 mm pada 25 Jan menyebabkan cerun-cerun semula jadi yang berkecuraman tinggi yang didasari batuan granit (lebih daripada 35 darjah) cenderung untuk runtuh.
"Bagi mengelak risiko kejadian bencana geologi tanah runtuh, NRES melalui JMG mengesyorkan PBT supaya mengambil kira input PBRC dalam perancangan pembangunan dan pengawalseliaan aktiviti kelestarian pertanian di kawasan bercerun," menurut kenyataan itu.
Dalam kejadian pada 26 Jan lepas, lima warga Myanmar termasuk seorang wanita yang merupakan pekerja ladang sayur tertimbus selepas rumah dihuni mereka terlibat dalam insiden tanah runtuh kira-kira 2.40 pagi itu. - BERNAMA
Topic Berkaitan
#tanah runtuh
#kawasan bercerun
#NRES
#JMG
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan