NATIONAL

Tanah runtuh, pokok tumbang halang laluan ke Cameron Highlands

Astro Awani 25/12/2016 | 13:52 MYT
Hujan lebat sepanjang petang Ahad menjadi punca berlaku kejadian tanah runtuh di Jalan Cameron Highlands - Tapah yang mengakibatkan jalan utama terhalang berdekatan Ladang Teh Bharat dekat Tanah Rata, di sini. -Twitter Bernama
Hujan lebat sepanjang petang Ahad menjadi punca berlaku kejadian tanah runtuh di Jalan Cameron Highlands - Tapah yang mengakibatkan jalan utama terhalang berdekatan Ladang Teh Bharat dekat Tanah Rata, di sini.

Sumber Jabatan Bomba dan Penyelamat memberitahu usaha mengalihkan pokok yang tumbang itu selesai sekitar jam 5 petang.

Tiada kemalangan jiwa dilaporkan, namun pengguna jalan raya ke lokasi percutian itu dinasihati agar lebih berhati-hati terutama pada musim hujan ketika ini.

An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Sementara itu, dalam satu kejadian lain di sini awal petang tadi, sebanyak 13 keluarga dipindahkan selepas berlaku insiden tanah runtuh sekitar jam 3:15 petang di rumah peranginan TNB menyebabkan sebuah banglo dan empat buah kereta rosak.

BACA: Tanah runtuh: Tiada kemalangan jiwa di rumah peranginan TNB
#Cameron Highlands #Ladang Teh Bharat #tanah runtuh