awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Nelayan dikhuatiri hilang jatuh laut di Tanjung Kubung
AHF perkasa pembangunan belia, lahir bakat hoki ke arah Sukan Olimpik
Masalah kesuburan lelaki punca hampir separuh kes pasangan sukar hamil - LPPKN
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tanam 102 pokok ganja: Reman anak bekas diplomat dilanjut lima hari

Bernama
Bernama
30/05/2022
09:59 MYT
Tanam 102 pokok ganja: Reman anak bekas diplomat dilanjut lima hari
Dalam satu serbuan, polis menemukan 102 pokok disyaki ganja yang dikatakan rampasan ganja terbesar dalam negara setakat ini. - Gambar hiasan/Reuters
KUANTAN: Reman anak lelaki bekas diplomat yang didakwa menanam ganja di Janda Baik, Bentong yang tamat hari ini, dilanjutkan lima hari, kata Ketua Polis Daerah Bentong Supt Zaiham Mohd Kahar.
Beliau menerusi kenyataan ringkas hari ini, mengesahkan polis berjaya memperoleh reman kali kedua bermula esok hingga 4 Jun ini.
Pada Selasa lepas, Ketua Polis Pahang Datuk Ramli Mohamed Yoosuf mengesahkan penahanan seorang bekas diplomat berstatus 'Datuk' pada 21 Mei lepas, kerana disyaki menanam ganja di sebuah kampung di Janda Baik.
Pada serbuan itu, polis menemukan 102 pokok disyaki ganja yang dikatakan rampasan ganja terbesar dalam negara setakat ini.
Penahanan bekas diplomat berusia 78 tahun itu seterusnya membawa kepada penahanan anak lelakinya berusia 53 tahun pada Isnin lepas, di Shah Alam, Selangor.
Bagaimanapun, bekas diplomat itu dibebaskan pada Sabtu lepas, selepas polis gagal memperoleh reman kali kedua daripada Mahkamah Majistret Bentong.
Siasatan dijalankan dijalankan mengikut Seksyen 39B dan Seksyen 6B Akta Dadah Berbahaya 1952.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#ganja
#anak diplomat
#polis
#Janda Baik
#tanam ganja
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan