awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Perjanjian antara Aeroline-Corus KLCC tamat dengan penutupan hotel
Raja Muda Perlis berkenan sertai kayuhan bersama alumni UiTM Perlis, komuniti bandar
Man Utd dominasi Man City, Michael Carrick mulakan tugas dengan kemenangan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tangani pertikaian berhubung dasar kabotaj secara profesional - Persatuan Maritim

Bernama
Bernama
03/10/2021
20:20 MYT
Tangani pertikaian berhubung dasar kabotaj secara profesional - Persatuan Maritim
Abdul Hak berkata kerajaan dan syarikat berkaitan kerajaan perlu menekankan pelaksanaan oleh pihak tempatan dan menjadikannya syarat mandatori. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Kalangan peserta industri maritim dan pemilik kapal Malaysia percaya sebarang percanggahan pandangan mengenai dasar kerajaan berkaitan dengan dasar kabotaj sewajarnya diketengahkan secara profesional.
Pengerusi Persatuan Pemilik-pemilik Kapal Malaysia (MASA), Datuk Abdul Hak Md Amin berkata pihaknya secara tegas dan jelas tidak bersetuju dengan kenyataan tidak wajar berhubung dasar kabotaj kerajaan bagi kapal asing yang melakukan kerja-kerja pembaikan kabel dasar laut di perairan Malaysia.
"Malaysia merupakan antara 100 negara di dunia yang mengamalkan dasar ini dan MASA berdiri teguh di belakang Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Wee Ka Siong dalam tindakan tegasnya untuk memastikan kedaulatan dan keselamatan negara dilindungi menerusi penguatkuasaan ketat dasar kabotaj," katanya dalam kenyataan semalam.
Beliau berkata dasar kabotaj dianggap sebagai langkah pertama ke arah membentuk penyetempatan.
Semua pihak kini perlu mula menyusun pendekatan baharu untuk membantu peserta industri maritim dan keseluruhan pengurusan rantaian bekalan, katanya.
"Ini untuk membantu peserta industri maritim dan keseluruhan pengurusan rantaian bekalan yang menyedari risiko berkaitan ancaman ekonomi global baharu seperti COVID-19 dan pandemik lain yang mungkin berlaku," katanya.
Abdul Hak berkata kerajaan dan syarikat berkaitan kerajaan perlu menekankan pelaksanaan oleh pihak tempatan dan menjadikannya syarat mandatori.
Sementara itu, Presiden Persatuan Industri Maritim Sarawak (SAMIN), Renco Yong berkata pihaknya menyokong penuh Menteri Pengangkutan dalam pendiriannya mendukung dasar kabotaj supaya dikuatkuasakan dengan ketat.
Ini sekali gus akan memastikan kemampanan industri maritim tempatan, katanya dalam kenyataan yang sama.
Presiden Ikhtisas Kelautan Malaysia (IKMAL), Kapten Zuradi Zainol Abidin juga menyuarakan nada yang sama dengan berkata sebarang pertikaian mengenai dasar kabotaj perlu diselesaikan menerusi perbincangan bijak dan rasional.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Dasar Kabotaj
#Wee Ka Siong
#Persatuan Pemilik-pemilik Kapal Malaysia
#kerja-kerja pembaikan kabel dasar laut
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan