awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Semua ADUN Bersatu akan dilantik sebagai Exco - MB Perlis
Jumpa di London, lima kali Muhyiddin kata sedia lepaskan jawatan - Annuar
China lanjutkan pengurangan yuran visa untuk rakyat Malaysia hingga 31 Dis 2026
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tangguh filem antarabangsa buka lebih ruang filem tempatan masuk pawagam

Bernama
Bernama
08/03/2024
00:40 MYT
Tangguh filem antarabangsa buka lebih ruang filem tempatan masuk pawagam
Azmir Saifuddin ketika diwawancara pada Program Jendela Fikir di Wisma Bernama, Kuala Lumpur, 7 Mac 2024. --fotoBERNAMA
KUALA LUMPUR: Penangguhan tayangan beberapa filem antarabangsa di pawagam bakal memberi peluang kepada filem tempatan untuk mengisi kekosongan tersebut.
Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) Datuk Azmir Saifuddin Mutalib berkata hasil perbincangan Finas dan Persatuan Pemamer Filem Malaysia (MAFE) terdapat lebih kurang tujuh hingga sembilan filem tempatan yang berpotensi mendapat kutipan pecah panggung.
"... kami boleh katakan, ini sebagai satu peluang sebab saya dapat maklumat daripada pawagam ada beberapa syarikat perfileman antarabangsa yang meminta filem terbitan mereka ditangguhkan tayangan sehingga tahun depan.
"Hasil perbincangan dengan pawagam, selain filem tempatan, ada banyak filem dari Asia Tenggara yang mampu bersaing dengan filem dari Hollywood," katanya kepada Bernama selepas menjadi tetamu program Jendela Fikir: Cabaran dan Masa Depan Filem Tempatan di Pawagam di Bernama Radio semalam.
Bagi mencapai hasrat tersebut, Finas sedang bekerjasama dengan Persatuan Penerbit Filem Malaysia untuk merancang dan menganalisa serta mengenal pasti filem tempatan yang berpotensi mendapat kutipan pecah panggung.
"Kami sedang berbincang dengan produser yang akan menghasilkan filem tersebut terutamanya dari segi pemasaran, kerana jika boleh kami mahu mereka menguar-uarkan dua atau tiga bulan sebelum filem itu dikeluarkan.
"Ini penting, agar filem tersebut dikenali kerana proses itu membantu menarik penonton ke pawagam seterusnya menerima sambutan," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Azmir Saifuddin Mutalib
#FINAS
#filem tempatan
#tangguh tayangan filem antarabangsa
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan