KUALA LUMPUR: Tindakan kerajaan menangguhkan pelaksanaan gaji minimum RM1,500 bagi majikan yang menggajikan kurang daripada lima pekerja selama enam bulan dikritik dan digambarkan sebagai pengkhianatan terhadap pekerja.
Bagi Timbalan Pengerusi Nasional Parti Sosialis Malaysia (PSM) S Arutchelvan, langkah itu amat mengecewakan ramai pekerja yang telah lama menunggu untuk kadar gaji minimum dinaikkan menjelang 1 Januari depan.
“Tindakan untuk menangguhkan pelaksanaan gaji minimum bagi pekerja-pekerja yang paling miskin ini tidak boleh diterima sama sekali.
“Kerajaan Perpaduan sepatutnya mensubsidi peniaga-peniaga kecil dalam pembayaran gaji minimum, bukannya menangguhkan pembayaran itu untuk enam bulan lagi,” tegasnya dalam satu kenyataan.
Dakwanya, Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH) kini telah bersatu dalam mengikut kehendak Persekutuan Majikan-Majikan Malaysia (MEF).
Menerusi hantaran di Twitter pula, Arutchelvan menambah, mereka yang tidak mampu membayar gaji RM1,500 tidak wajar menjadi majikan.
“Jika tidak mampu membayar gaji minimum RM1,500 kepada pekerja, kenapa jadi majikan? Sama ada anda jadi pekerja atau bekerja sendiri sahaja,” katanya.
Pada Selasa, Menteri Sumber Manusia V Sivakumar mengumumkan pelaksanaan gaji minimum RM1,500 bagi kategori majikan yang menggajikan pekerja kurang daripada lima orang yang sepatutnya berkuat kuasa pada 1 Januari ini telah ditangguhkan kepada 1 Julai 2023.
Jelasnya, keputusan itu diambil selepas mengambil kira pandangan pelbagai pihak berkepentingan yang dijangka menghadapi cabaran ekonomi pada tahun hadapan.
Pada masa yang sama, Presiden Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) Mohd Effendy Abdul Ghani turut menggesa supaya penguatkuasaan gaji minimum itu diteruskan secara menyeluruh pada 1 Januari 2023.
Ketika dihubungi Astro AWANI, beliau memberi amaran bahawa penangguhan itu akan mengakibatkan pekerja ‘lari’ daripada majikan yang tidak membayar gaji minimum, sekaligus menimbulkan isu kekurangan pekerja.
“Ini kesan yang akan dihadapi oleh perusahaan kecil dan sederhana (PKS) dengan jumlah pekerja lima orang ke bawah.
“Sepatutnya inilah masanya (perusahaan kecil dan sederhana) mengalu-alukan usaha kerajaan menguatkuasakan sepenuhnya gaji minimum ini kerana dapat menarik pekerja yang berminat untuk bekerja di syarikat mereka,” katanya menerusi program Pantau Kerajaan Baharu pada Rabu.
Nailah Huda
Wed Dec 28 2022
Penangguhan itu disifatkan mengecewakan ramai pekerja yang telah lama menunggu untuk kadar gaji minimum dinaikkan menjelang 1 Januari depan. - Gambar hiasan
Tangani penyalahgunaan dadah di tempat kerja perlu jadi agenda utama majikan - AADK
Majikan disaran menjadikan usaha menangani isu penyalahgunaan dadah sebagai agenda utama bagi membantu mewujudkan persekitaran selamat di tempat kerja.
Polis tahan dua lelaki, rampas ekstasi bernilai lebih RM1 juta
Polis menumpaskan kegiatan pengedaran dadah yang dipercayai beroperasi dari rumah selepas menahan dua lelaki dan merampas serbuk ekstasi bernilai RM1.1 juta di Taman Permata di sini pada Selasa lepas.
Perlu mohon permit khas bagi pembelian minyak diesel melebihi had - KPDN
Armizan berkata permit khas itu hanya untuk kegunaan yang dibenarkan selain daripada tujuan jualan semula.
Jelajah Dunia Akhir BWF: Zii Jia, Aaron-Wooi Yik tempah slot separuh akhir
Lee Zii Jia mengesahkan tempat ke aksi separuh akhir selepas melakar kemenangan kedua peringkat Kumpulan A, Jelajah Dunia Akhir BWF 2024 di Hangzhou, China hari ini.
318 stesen pemancar telekomunikasi terkesan banjir telah mula beroperasi - Fahmi
Fahmi berkata terdapat lima lagi stesen pemancar terkesan dengan bencana alam itu yang masih belum beroperasi.
Tumpuan Jumaat – 13 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
PBS lebih holistik, sesuai untuk pembangunan murid - Fadhlina
Kementerian Pendidikan (KPM) akan terus memperkasakan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) yang menggantikan peperiksaan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) dan Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3).
Pencuri elektrik guna sambungan haram bawah tanah elak dikesan - Sarawak Energy
Pencuri elektrik di Sarawak kini dikesan menggunakan taktik melakukan sambungan haram secara terus dengan kabel bawah tanah bagi mengelak dikesan pihak berkuasa.
Tiga premis makanan di Pulau Pinang diarah tutup kerana kotor
Tiga premis makanan diarah tutup berikutan keadaan kebersihan terutamanya di bahagian dapur kurang memuaskan dan tidak mencapai piawaian ditetapkan.
Pengurus dan penyelia kilang ditahan kes pencemaran sungai di Pasir Gudang
Jabatan Alam Sekitar (JAS) menahan pengurus dan penyelia sebuah kilang oleokimia di Kawasan Perindustrian Pasir Gudang semalam, bagi membantu siasatan kes pencemaran Sungai Buloh.
'Kenaikan gaji minimum tahun depan dijangka rangsang sektor pengguna'
UOBKH Research berkata, kenaikan gaji seharusnya menampan perbelanjaan pengguna, lebih daripada mengimbangi kos rasionalisasi subsidi.
KUSKOP, MoF dan KESUMA perinci penyelarasan kenaikan gaji minimum bagi PMKS - Ewon
KUSKOP bersedia mengadakan perbincangan lanjut dengan MoF dan KESUMA mengenai penyelarasan gaji minimum bagi PMKS.
Gaji premium dapat halang anak muda bekerja di Singapura
Azhar berkata, usaha kerajaan berkaitan gaji premium juga memberi lebih banyak pilihan pekerjaan kepada anak muda di Johor.
MIDF sasar sedia inisiatif pembiayaan sedia masa depan RM200 juta untuk PKS
Malaysian Industrial Development Finance Bhd (MIDF) mahu menyediakan RM200 juta kepada perusahaan kecil dan sederhana (PKS) melalui inisiatif Pembiayaan Sedia Masa Hadapan (FRF) yang baru dilancarkan.
Naikkan gaji minimum tindakan berani, cermin tekad Kerajaan Perpaduan - PM Anwar
Tindakan menaikkan kadar gaji minimum kepada RM1,700 mencerminkan tekad politik Kerajaan Perpaduan yang jelas.
PM ambil maklum kebimbangan cadangan gaji minimum, caruman KWSP wajib - Fahmi
Fahmi berkata isu berkenaan turut dibangkitkan pada mesyuarat Jemaah Menteri yang dipengerusikan Anwar hari ini.
Belanjawan 2025: Beri insentif syarikat PMKS patuhi dasar gaji minimum
Katanya, walaupun kenaikan gaji minimum memberi manfaat kepada pekerja, ia juga bawa kesan dari sudut mikro dan makro ekonomi.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 23 Oktober 2024.
Parlimen: Kenaikan gaji minimum harus disokong dengan dasar jelas, kawalan harga - Muhyiddin
Kenaikan gaji minimum mesti disokong dengan dasar dan tindakan kawalan harga yang jelas.
Parlimen: Kerajaan dicadang naikkan ambang cukai untuk bantu IKS
Kerajaan dicadangkan supaya membantu Industri Kecil dan Sederhana (IKS) berhubung isu gaji minimum.