awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Harga emas, perak dijangka terus meningkat di sebalik ketidaktentuan jangka pendek - MGA
Pembangunan Dasar Halal Negara pada fasa akhir, dijangka siap Mei ini - Fadillah
SPRM pulangkan wang hasil rasuah, urusan belanja tanggungjawab MOF - Azam Baki
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tangguh HSR: Malaysia tidak perlu bayar pampasan - Azmin

Harits Asyraf Hasnan
Harits Asyraf Hasnan
17/06/2020
10:58 MYT
Tangguh HSR: Malaysia tidak perlu bayar pampasan - Azmin
Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI), Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berkata persetujuan secara bersama itu dicapai kedua-dua negara sebelum ini. - Foto BERNAMA
Malaysia tidak perlu membayar sebarang pampasan kepada Singapura atas penangguhan projek Kereta Api Berkelajuan Tinggi Kuala Lumpur–Singapura (HSR).
Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI), Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berkata persetujuan secara bersama itu dicapai kedua-dua negara sebelum ini.
Jelasnya, pasukan teknikal dari kedua-dua negara akan berjumpa selepas Hari Raya untuk membincangkan aspek teknikal projek mega tersebut.
"Secara prinsip, kita telah bersetuju bahawa projek ini memberi manfaat kepada kedua-dua negara, tapi kita kena duduk bersama untuk berbincang isu teknikal.
"Jadi kita perlukan lebih sama (untuk berjumpa) sekiranya kita boleh putuskan segala pelaksanaan dalam tiga atau empat bulan lagi, pastinya kita akan berjumpa lagi," katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui media selepas menyempurnakan Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang MITI di sini hari ini.
Pada 31 Mei lalu, Kerajaan Malaysia dan Singapura mengumumkan penangguhan projek bilateral bernilai RM110 bilion itu sehingga 31 Disember 2020.
HSR sepanjang 350km itu bakal mengurangkan tempoh perjalanan antara Kuala Lumpur dan Singapura kepada 90 minit.
Topic Berkaitan
#Azmin Ali
#HSR
#kerajaan
#kereta api laju
#keretapi
#Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri
#MITI
#Singapura
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan