awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Titah Adendum: AGC nafi dakwaan keputusan mahkamah kurangkan kuasa pengampunan Raja-Raja
Lebih 2.2 juta kenderaan dijangka masuk Pulau Pinang
Titah Adendum: "Jangan campur urusan kami" - Pemuda UMNO WP selar kenyataan AMK
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tangguh pelaksanaan PGB, AMK ajak PTPTN berbincang

Harits Asyraf Hasnan
Harits Asyraf Hasnan
06/12/2018
06:09 MYT
Tangguh pelaksanaan PGB, AMK ajak PTPTN berbincang
Akmal berkata peningkatan peratusan bayaran yang ditetapkan PTPTN itu terlampau tinggi. - Foto Astro AWANI
Angkatan Muda Keadilan (AMK) Malaysia meminta supaya Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) menangguhkan pelaksanaan Potongan Gaji Berjadual (PGB).
Ketua AMK Malaysia, Akmal Nasir berkata peningkatan peratusan bayaran yang ditetapkan PTPTN itu terlampau tinggi.
"Selain peningkatan peratusan bayaran yang terlampau tinggi berbanding pendapatan bulanan, perkara ini juga perlu diteliti dari sudut perjanjian sebelum ini yang dipersetujui antara PTPTN dan peminjam bagi kadar bayaran balik.
"Ini bukanlah kali pertama pengumuman PTPTN yang mengundang kegelisahan seperti penetapan gaji minimum untuk permulaan bayaran balik yang ditetapkan pada RM1,000 namun kini dipinda ke RM2,000," memetik kenyataan media yang dikeluarkan hari ini.
Justeru, beliau memohon supaya satu perjumpaan diadakan antara pihaknya dan Pengerusi PTPTN, Wan Saiful Wan Jan agar pendekatan yang lebih holistik dan adil kepada semua peminjam.
Semalam, Wan Saiful mengumumkan bahawa pelaksanaan PGB akan mula berkuatkuasa pada Januari 2019 dengan potongan berdasarkan peratusan gaji peminjam.
Topic Berkaitan
#bayar hutang
#bayaran PTPTN
#dasar baharu PTPTN
#pendidikan
#pinjaman pendidikan
#Potongan Gaji Berjadual
#tanggung bayaran PTPTN
#Wan Saiful Wan Jan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan