awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tanah runtuh: Tapak kedai makan popular di Jalan Simpang Pulai–Cameron Highlands ditutup sebulan
Sambutan Krismas meriah dengan upacara keagamaan, aktiviti bersama keluarga
Krisis politik Perlis: Speaker sahkan berlaku kekosongan luar jangka tiga DUN
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tangguh sementara niat balik kampung - Pakar kesihatan

Ridauddin Daud
Ridauddin Daud
12/12/2020
07:00 MYT
Tangguh sementara niat balik kampung - Pakar kesihatan
Situasi sekarang berbeza ketika Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) pada awal Jun lalu kerana jumlah kes sekarang agak tinggi. - Gambar hiasan
KUALA LUMPUR :Berikutan kes COVID-19 yang merekodkan empat angka saban hari, masyarakat dinasihatkan supaya tangguhkan niat untuk pulang ke kampung buat sementara waktu.
Pakar Kesihatan Awam Fakulti Perubatan Dan Sains Kesihatan Universiti Putra Malaysia (UPM), Prof Madya Dr Malina Osman berkata, dalam keadaan sekarang keperluan untuk rentas daerah dan negeri lebih tertumpu kepada sektor ekonomi.
Menurutnya, situasi sekarang berbeza ketika Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) pada awal Jun lalu kerana jumlah kes sekarang agak tinggi.
“Untuk pulang ziarah ke kampung, pada pandangan saya, ketika ini lebih elok ditangguhkan atau untuk kes-kes yang perlu untuk balik ke kampung, boleh balik.
“Tapi dalam konteks ziarah dan sebagainya, kita perlu minimumkan masa perjalanan, masa berada di kampung di SOP disarankan perlu diamalkan secara serius.
“Tak boleh rasa ini keluarga kita yang rapat, kita boleh sembang dan duduk rapat-rapat. Itu tak sepatutnya berlaku dan dalam masa sama kita perlu menumpukan kepada keadaan yang boleh menularkan penyakit,” katanya dalam siaran langsung Buletin AWANI pada Sabtu.
Beliau turut menasihatkan agar masyarakat kurangkan makan di restoran sebaliknya bungkus makanan dan makan di rumah.
Dalam pada itu, beliau menasihatkan masyarakat memilih keputusan yang betul dalam setiap tindakan mereka selepas ini terutamanya melibatkan rentas daerah dan negeri.
“Dalam konteks sekarang, pada pandangan saya, kita sebagai individu dalam masyarakat perlu memilih keputusan yang baik.
“Walaupun kerajaan telah membenarkan (rentas daerah dan negeri) tapi kita yang perlu memikirkan dan memilih keputusan untuk mengelakkan diri dari jangkitan.
“Dalam keadaan sama, apa saya boleh nasihatkan, kurangkan keberadaan di tempat awam kecuali pada keadaan penting sahaja,” ujarnya.
Topic Berkaitan
#balik kampung
#rentas negeri
#pergerakan rentas negeri
#ziarah
#kampung
#keluarga
#COVID-19
#SOP
#ekonomi
#kerajaan
#kesihatan
#PKPP
#perintah kawalan pergerakan
#PKPB
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan