Tun Dr Mahathir Mohamad menyifatkan tanggungjawabnya sebagai Perdana Menteri pada masa ini sebagai tiga kali lebih berat berbanding semasa melaksanakan tanggungjawab itu sebelum ini.
Dr Mahathir, yang merupakan perdana menteri keempat Malaysia pada 1981 hingga 2003, menjelaskan semasa mengambil alih pemerintahan negara pada ketika itu keadaan pentadbiran dan kewangan negara berada dalam keadaan yang bersih dan teratur, tanpa soal kewangan menjadi masalah.
Negarawan berusia 94 itu sekali lagi dilantik sebagai perdana menteri, selepas Pakatan Harapan (PH) memenangi Pilihan Raya Umum ke-14 pada Mei 2018, menyifatkan beliau mengambil alih pemerintahan kali ini dalam keadaan pentadbiran yang 'kotor' serta diburukkan lagi dengan ramai yang terlibat dengan rasuah.
"Kita juga perlu bayar hutang yang dibuat oleh pemerintah terdahulu, sepatutnya (kini) kita dapat guna wang ini kalau ia (betul) dilabur tetapi wang ini hilang. Jadi kita terpaksa bayar hutang tetapi sumber asal dana kita sudah hilang. Jadi ini menjadi satu masalah yang berat untuk kita.
"(Kali ini) Tiga kali lebih berat lagipun usia saya telah lanjut dan saya perlu kerja seberapa kuat yang boleh kerana saya janji saya akan letak jawatan. Jadi saya punya masa mungkin tiga tahun, mungkin dua tahun.
"Dalam masa itu, saya perlu habiskan kerja yang memerlukan lapan tahun (ke) 10 tahun, saya kena berlari lebih cepat," katanya dalam satu wawancara bertajuk "Mahathir Bicara Ulama dan Jokowi : Catatan Najwa" bersama personaliti media Indonesia Najwa Shihab, yang dimuat naik menerusi media sosial YouTube.
Dr Mahathir mencipta sejarah menjadi perdana menteri tertua di dunia dengan kembali ke Putrajaya setelah PH yang diterajuinya berjaya menewaskan Barisan Nasional (BN), yang telah 60 tahun menjadi kerajaan Malaysia.
Dalam wawancara itu, Perdana Menteri diajukan pelbagai soalan yang merangkumi isu pendidikan agama, politik, hal ehwal antarabangsa dan hubungan Malaysia-Indonesia serta berkenaan kehidupan peribadinya.
Mengenai isu peralihan kuasa kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim dan bagaimana beliau melihat peranannya terutama dalam hal pentadbiran negara, Dr Mahathir berkata Anwar mempunyai hak untuk mencorak dasarnya sendiri dan beliau terbuka untuk memberi nasihat dan pendapat sekiranya diperlukan.
"Dia (Anwar) akan jadi perdana menteri terpulang kepada perdana menteri untuk menentukan dasar-dasar dia pula. Kalau saya ditanya, mungkin saya boleh beri nasihat, pendapat dan sebagainya. Kalau saya ditanya, tetapi saya tidak paksa sesiapa bertanya kepada saya," katanya.
Ditanya pandangannya tentang Presiden Indonesia Joko Widodo, yang lebih dikenali sebagai Jokowi, Dr Mahathir menyifatkan beliau sebagai seorang pemimpin yang membawa pemikiran baharu.
"Presiden Jokowi sedar tentang keperluan membangunkan Indonesia dan dia memerhatikan tentang bukan sahaja politik tetapi juga pertumbuhan ekonomi," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Aug 10 2019

Dr Mahathir mencipta sejarah menjadi perdana menteri tertua di dunia dengan kembali ke Putrajaya setelah PH yang diterajuinya berjaya menewaskan BN, yang telah 60 tahun menjadi kerajaan Malaysia. - Foto BERNAMA

KPDNHEP akan kaji kenaikan harga minyak masak botol
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) akan melihat kepada kenaikan harga minyak masak botol 5 kilogram (kg) sebelum mengkaji kesesuaiannya.

Kerugian akibat PKP 2.0 lebih rendah berbanding sebelum ini - Tengku Zafrul
Kerajaan menjangkakan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) kali kedua menyebabkan negara kerugian RM600 juta sehari berbanding RM2.4 bilion sehari pada Mac hingga Mei, tahun lepas, kata Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz.

Hina monarki Thailand, bekas penjawat awam dipenjara 43 tahun 6 bulan
Mahkamah Jenayah Bangkok Thailand menjatuhkan hukuman penjara 43 tahun 6 bulan ke atas seorang bekas penjawat awam kerana menghina atau memfitnah pemerintahan beraja atau monarki Thailand.

Remaja lemas selepas selamatkan tiga kanak-kanak di Kota Bharu
Seorang remaja berusia 16 tahun lemas semasa menyelamatkan tiga kanak-kanak di dalam anak sungai di hadapan rumahnya di Kampung Perupok Tikat.

10 Berita Pilihan - (19 Januari 2021)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Calon SPM teruja dan gementar kembali ke sekolah
Selepas hampir setahun tertangguh akibat pandemik COVID-19, kini perjuangan sebenar untuk menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) bermula. Nur Mariana Mohammad Samrizal,18, dari Kepala Batas, Pulau Pinang berkata dia teruja untuk kembali ke sekolah dan sudah tidak sabar untuk menduduki SPM kerana terlalu lama menunggu sehingga pernah mengalami tekanan.

PERMAI | Tidak boleh hanya beri insentif kewangan
Felo Akademi Sains Malaysia, Datuk Dr Madeline Berma khuatir kerajaan tidak mempunyai kewangan yang mencukupi untuk menampung pakej rangsangan yang diberikan.

Dakwaan wanita dijangkiti COVID-19 kerana kekhilafan KKM sedang disiasat
Kementerian Kesihatan sedang menjalankan siasatan mengenai dakwaan seorang wanita yang mendakwa kekhilafan kementerian itu sehingga menyebabkan dia dan anaknya dijangkiti COVID-19 daripadanya suaminya.

PKP | Kerajaan pertimbang lanjut operasi perniagaan
Kerajaan akan membincangkan aduan orang ramai yang mahukan operasi kedai dan restoran dilanjutkan daripada jam 6.00 pagi ke jam 10.00 malam.

PKPD | Penamatan PKPD di Amber Court, PPA Muar
Kerajaan mengumumkan penamatan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Apartment Amber Court, di Bentong, Pahang dan Pusat Pemulihan Akhlak (PPA) di Muar, Johor.

Jangan tumpu kepada ibadah saja, paling penting ajar nilai hidup Islam - Tun Mahathir
"Kita dapati guru-guru agama ini tidak tertumpu kepada ajaran agama yang Sunnah.

Tanggungjawab jadi PM kali ini tiga kali lebih berat - Tun M
Tun Dr Mahathir Mohamad menyifatkan tanggungjawabnya sebagai Perdana Menteri pada masa ini sebagai tiga kali lebih berat berbanding semasa melaksanakan tanggungjawab itu sebelum ini.