awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kematian anjing bernama Ollie: Bicara kes saman kecuaian veterinar bermula 9 Feb
15 maut, lebih 80 cedera dalam letupan di masjid Islamabad ketika solat Jumaat
Op PeWA: Rohingya, Indonesia antara warga asing paling ramai dikenakan tindakan JPJ
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tangkak daerah terbaharu di Johor dilanda banjir

Sinar Harian
Sinar Harian
27/01/2023
01:50 MYT
Tangkak daerah terbaharu di Johor dilanda banjir
Keadaan banjir di sekitar Sedili Kota Tinggi. - Foto Sinar Harian
JOHOR BAHRU: Tangkak menjadi daerah terbaharu dilanda banjir di negeri ini menjadikan mangsa banjir kini seramai 4,868 orang setakat jam 8 pagi, Jumaat.
Menurut Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD) dalam satu kenyataan, terdapat 50 pusat pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka membabitkan lapan daerah.
"Daerah terjejas akibat banjir ialah Segamat, Mersing, Kluang, Kota Tinggi, Pontian, Muar Batu Pahat dan Tangkak.
"Mersing menjadi daerah terjejas teruk akibat banjir dengan seramai 1,793 penduduk daripada 512 keluarga ditempatkan di 11 PPS yang dibuka di daerah berkenaan.
"Ini diikuti daerah Kluang dengan 1,173 mangsa daripada 321 keluarga; Kota Tinggi (900 mangsa daripada 224 keluarga); Segamat (490 mangsa daripada 138 keluarga) dan Batu Pahat (358 mangsa daripada 100 keluarga)
"Seterusnya Muar (121 mangsa daripada 29 keluarga), Pontian (18 mangsa daripada empat keluarga) dan Tangkak (15 mangsa daripada tiga keluarga)," katanya.
Sementara itu, Jabatan Meteorologi Malaysia masih meletakkan enam daerah di negeri ini di bawah amaran hujan berterusan tahap waspada iaitu Segamat, Kluang, Mersing, Kulai, Kota Tinggi dan Johor Bahru.
"Empat sungai di negeri ini masih diletakkan dalam kategori bahaya iaitu Sungai Muar di muara Sungai Gemas, Sungai Kahang di Kampung Contoh dan Sungai Lenik di Ladang Chaah dan Sungai Endau.
"Dalam pada itu, empat jalan telah ditutup sementara akibat dinaiki air iaitu Jalan Jemaluang-Batu Pahat; Jalan Felda Moakil; Jalan Jabi-Bukit Tempurang dan Jalan Tanah Abang dan Jalan Sungai Tiram-Ulu Tebrau di Kulai akibat tanah runtuh," jelasnya. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#banjir
#mangsa
#PPS
#JPBD
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan