Wira Perkasa Malaysia menggesa pihak berkuasa menahan individu yang membuat fitnah terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.
Gesaan itu dibuat Ketua Wira Perkasa, Irwan Fahmi Ideris susulan tindakan Wall Street Journal (WSJ) yang dikatakan menyiarkan laporan memfitnah Najib.
Irwan menjelaskan pihaknya membuat laporan polis bagi membolehkan tindakan perundangan diambil kepada pihak yang terbabit.
"Kita serah pada pihak berkuasa untuk siasat. Jika perkara ini tidak betul, adalah tidak wajar Perdana Menteri difitnah.
"Kami tak mau pemimpin kita ditohmah sebegini memandangkan ia melibatkan intergriti negara," katanya selepas membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi.
Pada Jumaat, WSJ melaporkan berlaku perpindahan dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB) bernilai hampir AS$700 (RM2.6 bilion) ke akaun perseorangan yang menggunakan nama 'Datuk Seri Mohd Najib Bin Hj Abd Razak'.
Sementara itu, Angkatan Muda Keadilan (AMK) turut membuat laporan polis berkaitan laporan WSJ berkenaan.
"Bagi saya ini isu yang cukup besar, dan kita dah banyak lihat skandal, tetapi skandal ketara seperti ini belum pernah kita lihat.
"Jadi, kami buat laporan polis dan kami harap pihak polis dapat siasat perkara ini," kata ketua AMK, Nik Nazmi Nik Ahmad ketika ditemui media di hadapan IPD Dang Wangi.
Nik Nazmi yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Seri Setia juga menggesa agar Perdana Menteri bercuti sementara kes ini disiasat.
"Isu ni memang nampak tak berapa cantik, tetapi kita perlukan badan yang benar-benar bebas untuk siasat isu ini. Untuk itu, elok kiranya beliau (Najib) bercuti sementara siasatan dijalankan.
"Perkara ni penting, nanti kalau dah selesai, tak mengapa la. Tapi kalau sebaliknya, beliau patut berundur," tambahnya.
Sebelum ini, Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail dalam kenyataannya berkata, pihak berkuasa menyiasat pejabat tiga buah syarikat yang dikaitkan dengan dakwaan pemindahan sejumlah dana yang besar ke akaun Najib selain memperoleh sejumlah dokumen yang berkaitan.
Malah Jabatan Peguam Negara turut membentuk satu pasukan khas untuk menyiasat dakwaan seperti yang dilaporkan WSJ dan Sarawak Report pada Jumaat.
Tiga syarikat yang diserbu dan kini disiasat berikutan dakwaan akhbar antarabangsa itu ialah SRC International Sdn Bhd, Gandingan Mentari Sdn Bhd dan Ihsan Perdana Sdn Bhd.
Hilal Azmi
Sun Jul 05 2015
Wira Perkasa tidak mahu pemimpin negara ditohmah sebegini memandangkan ia melibatkan intergriti Malaysia.
Jumlah mangsa banjir berlindung di PPS di Perak, Johor dan Pahang kekal
Jumlah mangsa yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) di Perak, Johor dan Pahang masih kekal setakat pagi ini.
Gempa bumi kuat 6.3 magnitud gegar Chile
Gempa bumi berukuran 6.3 magnitud menggegarkan wilayah tengah Chile termasuk ibu negara, Santiago pada Jumaat.
UMNO tidak terima permohonan Tengku Zafrul keluar parti - Ahmad Zahid
Presiden UMNO sahkan parti itu tidak menerima permohonan Tengku Zafrul untuk meninggalkan parti.
Bola api penuhi ruang udara di Damsyik
Satu rakaman video memaparkan sejumlah bola api memenuhi ruang udara bandar Damascus diikuti bunyi letupan kuat turut kedengaran pada Jumaat.
Presiden Korea Selatan berdepan undi pemecatan kedua
Presiden Korea Selatan, Yoon Suk Yeol, kini menghadapi undi pemecatan kedua pada Sabtu selepas percubaannya mengisytiharkan undang-undang darurat selama beberapa jam mencetuskan krisis politik.
Parti-parti pembangkang merancang undi pemecatan pada Sabtu, pukul 4 petang, dengan perhimpunan besar dijadualkan sebelum undian.
Parti-parti pembangkang merancang undi pemecatan pada Sabtu, pukul 4 petang, dengan perhimpunan besar dijadualkan sebelum undian.
Kongres Khas PKR fokus reformasi pemilihan parti
Kongres Khas Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang dijadualkan pada Ahad akan meminda perlembagaan parti.
Setiausaha Agung PKR, Dr. Fuziah Salleh berkata pindaan tersebut melibatkan aspek jumlah perwakilan, kuota gender, dan etnik.
Setiausaha Agung PKR, Dr. Fuziah Salleh berkata pindaan tersebut melibatkan aspek jumlah perwakilan, kuota gender, dan etnik.
Suri rumah rugi lebih RM750,000 ditipu pelaburan bitcoin
Seorang suri rumah berputih mata apabila kerugian lebih RM750,000 selepas terperdaya skim pelaburan bitcoin dalam talian.
“Sifat materialistik mengundang malapetaka dalam masyarakat” - Dr Maza
Nilai kemanusiaan tidak lagi mendominasi kehidupan kerana segala-galanya diukur berdasarkan keuntungan semata-mata.
Pembunuhan kejam, buli siber detik suram 2024
Tahun 2024 mencatatkan pelbagai peristiwa tragis menggemparkan negara termasuk jenayah kejam yang meragut nyawa empat individu.
Jumlah mangsa banjir terus catat penurunan
Jumlah mangsa banjir terus mencatat penurunan kepada 305 mangsa daripada 93 keluarga setakat jam 9 pagi Sabtu.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 13 Disember 2024.
1MDB: Ada campur tangan AS untuk gugat pentadbiran Najib, komplot cemar nama baik - Shafee
Shafee Abdullah berkata, ia bukan spekulasi kerana memang telah terbukti berlaku, terutama ketika pentadbiran Parti Demokratik di AS.
Tiada penafian rasmi berhubung derma daripada Keluarga Diraja Arab Saudi - Najib
Najib menegaskan bahawa ketiadaan penafian rasmi ini menyokong kepercayaannya bahawa dana tersebut adalah derma yang sah daripada Raja Abdullah.
'Saya tidak berdendam, tapi jumpa di akhirat' - Najib
Najib memberitahu Mahkamah Tinggi bahawa tiada dendam terhadap pihak yang merancang dan melakukan ketidakadilan terhadapnya.
SPRM peroleh perintah larang akses aset 1MDB AS$340 juta di UK
Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur memutuskan perintah larangan bagi melarang pihak-pihak tertentu untuk berurusan dengan aset yang dikaitkan dengan skandal 1MDB sejumlah AS$340 juta.
Kerajaan berjaya sekat PSI daripada guna AS$340 juta dana dikaitkan dengan 1MDB
Mahkamah Tinggi membenarkan permohonan kerajaan untuk menyekat PetroSaudi International Ltd dan pengarahnya menggunakan AS$340 juta yang dikaitkan dengan 1MDB.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Selasa, 10 Disember 2024.
Najib nafi arah pemecatan KPMG sebagai juruaudit 1MDB
Datuk Seri Najib Tun Razak memberitahu Mahkamah Tinggi di sini hari ini bahawa beliau tidak pernah mengarahkan pemecatan KPMG sebagai juruaudit 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Kes 1MDB: Siasatan terhadap Roger Ng masih berjalan - KPN
Polis masih menjalankan siasatan terhadap bekas Ketua Perbankan Pelaburan Goldman Sachs di Malaysia, Roger Ng, berhubung skandal 1MDB.
Najib nafi dakwaan usaha sama 1MDB adalah untuk kepentingan UMNO
Datuk Seri Najib Tun Razak menafikan dakwaan bahawa 11MDB dan usaha sama projeknya diwujudkan untuk kepentingan peribadinya atau untuk mengukuhkan UMNO.