KUALA LUMPUR: Proklamasi Darurat tidak membantu kerajaan menangani COVID-19 dengan lebih baik.
Demikian ujar bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dalam pautan terkini di blognya chedet.cc, yang menambah semua langkah pembendungan COVID-19 boleh dilaksanakan berdasarkan undang-undang sedia ada.
Namun, Dr Mahathir menambah, rakyat tidak pernah ingkar dengan prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan, walaupun tanpa pengisytiharan Proklamasi Darurat.
"Rakyat menerima kompaun tinggi atau hukuman penjara yang dikenakan apabila mereka mengingkari SOP yang ditetapkan," katanya.
Kerajaan sebelum ini mengisytiharkan darurat berkuat kuasa 11 Januari lalu sehingga 1 Ogos ini, selepas mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.
Mengulas lanjut, Dr Mahathir berkata peruntukan dalam Ordinan Darurat itu mengatasi Perlembagaan Persekutuan - undang-undang tertinggi negara.
BACA: Darurat: Orang Melayu mula marah - Tun Mahathir
"Jadi, setiap langkah sementara yang dilakukan berdasarkan ordinan tersebut adalah mengatasi Perlembagaan Persekutuan. Kerajaan Persekutuan dilindungi daripada sebarang tindakan, saman, pendakwaan atau apa sahaja prosiding mahkamah.
"Imuniti yang dimiliki Perdana Menteri dan Kerajaan daripada sebarang tindakan undang-undang dikukuhkan lagi dengan penggantungan Parlimen. Secara kebiasaannya, usul tidak percaya terhadap Perdana Menteri jika diluluskan di Parlimen akan menyebabkan kerajaan ini jatuh," jelasnya.
Justeru, Dr Mahathir berkata, apa yang tinggal ketika ini adalah Pilihan Raya Umum.
Tegasnya, sekiranya pilihan raya tidak dilakukan dalam tempoh lima tahun ini, kerajaan Perikatan Nasional akan kekal berkuasa.
"Terdapat beberapa undang-undang yang dilaksanakan kerajaan ini telah melangkaui undang-undang sedia ada termasuk Perlembagaan Persekutuan. Undang-undang tertinggi di negara ini tidak lagi berfungsi.
"Kerajaan ini kini ditadbir berdasarkan keputusan. Tiada lagi demokrasi. Suara rakyat dalam sistem demokrasi adalah menerusi Parlimen, ia kini tidak dibuka.
"Ungkapan paling sesuai bagi kerajaan ini adalah diktator," katanya.
Astro Awani
Tue Apr 20 2021
Rakyat tidak pernah ingkar dengan prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan, walaupun tanpa pengisytiharan Proklamasi Darurat. - Foto Astro AWANI
Batu Puteh: Dr Mahathir balas kenyataan tiga bekas menteri Kabinet
Dr Mahathir turut membangkitkan persoalan sama ada perlu beliau meminta anggota Kabinet ketika itu untuk menyatakan pendapat mereka.
Pantau Agenda Reformasi: Tangani kenaikan harga premium insurans, takaful kesihatan
Ikuti kupasan Provost, Malaysia University of Science & Technology (MUST), Prof. Emeritus Dr. Barjoyai Bardai mengenai enam syor Jawatankuasa Pilihan Khas Kesihatan tangani kenaikan harga premium insurans & takaful.
Pelabur harus memiliki mata wang Bitcoin - Thomas Peterffy
Pengasas syarikat broker runcit Interactive Brokers Group, Thomas Peterffy menyarankan pelabur untuk memiliki sedikit mata wang kripto, Bitcoin.
Pengeluaran getah asli Malaysia catat peningkatan 20.6 peratus
Pengeluaran getah asli Malaysia catat peningkatan 20.6 peratus pada Oktober 2024 dengan 38,400 tan berbanding 31,847 tan pada September 2024.
Korean Air selesai pembelian jangka panjang Asiana Airlines
Syarikat penerbangan Korean Air menyelesaikan pembelian jangka panjang terhadap pesaingnya, Asiana Airlines yang kini dalam krisis hutang.
Jumlah import eksport barangan China naik 4.9 peratus 11 bulan pertama
Jumlah import dan eksport barangan China mencapai RMB39.79 trilion (RM24.3 trilion) dalam 11 bulan pertama tahun ini, naik 4.9 peratus tahun ke tahun.
4.1 juta pencarum miliki amaun permulaan, RM 14.5 bilion dipindah
Seramai 4.1 juta atau 31.6 peratus daripada jumlah keseluruhan ahli Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) di bawah umur 55 tahun memilih mempunyai amaun permulaan dalam Akaun Fleksibel dengan jumlah perpindahan sebanyak RM14.5 bilion
Nilai ringgit dijangka terus kukuh menjelang akhir 2025
Nilai ringgit dijangka terus kukuh menjelang akhir 2025
MIC cadang mekanisme khusus kawal kos rawatan hospital swasta
MIC mencadangkan supaya kerajaan dapat mewujudkan mekanisme khusus yang dapat mengawal kos rawatan di hospital swasta.
Pindaan Akta 655 perkenal hukuman berat, kesalahan baharu
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof bentangkan pindaan Akta Industri Perkhidmatan Air 2006 (Akta 655) dengan memperkenalkan hukuman lebih berat dan kesalahan baharu.
Batu Puteh: Dr Mahathir balas kenyataan tiga bekas menteri Kabinet
Dr Mahathir turut membangkitkan persoalan sama ada perlu beliau meminta anggota Kabinet ketika itu untuk menyatakan pendapat mereka.
Batu Puteh: Tidak timbul soal PM perlu tanggungjawab secara peribadi atas keputusan Kabinet - Muhyiddin
Muhyiddin berkata tidak timbul soal Perdana Menteri mesti mengambil tanggungjawab secara peribadi atas keputusan yang dibuat oleh Kabinet.
RCI Batu Puteh: 'Kalau ada siasatan, saya sedia' - Tun Mahathir
Tun Dr Mahathir Mohamad sedia memberi kerjasama jika siasatan jenayah terhadapnya mahu dimulakan susulan syor daripada laporan RCI Batu Puteh.
Pulau Batu Puteh: Jika saya khianat, TPM masa itu juga khianat - Tun Mahathir
Dr Mahathir menegaskan, beliau tidak sama sekali menggadai kedaulatan Malaysia dan segala keputusan yang dibuat adalah demi bangsa, agama, serta negara.
Batu Puteh: PM anggap satu pengkhianatan, laporan RCI dibahas di Parlimen minggu depan - Fahmi
Dewan Rakyat akan membahas laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) mengenai Batu Puteh, Batuan Tengah dan Tubir Selatan dalam sidang yang berlangsung minggu depan.
RCI Batu Puteh: Ini pengkhianatan besar terhadap negara - PM Anwar
Pendedahan RCI Bagi Mengkaji Pengendalian Perkara Berkaitan Dengan Kes Kedaulatan Batu Puteh, Batuan Tengah dan Tubir Selatan menunjukkan wujudnya pengkhianatan.
Laporan RCI Batu Puteh dibentang di Dewan Rakyat minggu depan - Johari
Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Johari Abdul mengesahkan laporan RCI Batu Puteh akan dibentang di sidang Dewan Rakyat minggu depan.
Waran tangkap Netanyahu: Tun Mahathir sokong keputusan ICC
Tun Dr Mahathir Mohamad menyokong keputusan Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) yang mengeluarkan waran tangkap terhadap Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu.
'Adakah ini penyalahgunaan kuasa?' soal Dr Mahathir
Pemergian Tun Daim Zainuddin, bekas Menteri Kewangan Malaysia telah mencetuskan perbualan hangat di seluruh negara terutamanya berhubung pembangunan ekonomi negara.
Mengenang Tun Daim: "Beliau mentor bagi usahawan muda Melayu' - Tun Mahathir
Tun Daim Zainuddin yang meninggal dunia memainkan peranan besar dalam membimbing anak-anak muda berbakat dalam perniagaan kata Tun Mahathir Mohamad.