awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kadar zakat fitrah di Pulau Pinang RM10, RM15 dan RM25
Perselisihan faham dengan kelab, Ronaldo tidak beraksi untuk Al Nassr
Datuk Bandar KL diarah perkemas SOP DBKL, tutup ruang rasuah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tapak binaan punca banjir kilat Lebuhraya Persekutuan - Wan Junaidi

Harits Asyraf Hasnan
Harits Asyraf Hasnan
31/10/2017
07:58 MYT
Tapak binaan punca banjir kilat Lebuhraya Persekutuan - Wan Junaidi
siasatan awal pihaknya mendapati tapak pembinaan di sebelah lebuh raya itu tidak memasang kolam takungan dan perangkap sampah seperti disyaratkan dalam Penilaian Kesan Alam Sekitar (EIA). - Foto Astro AWANI/SHAHIR OMAR
Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar menafikan masalah perparitan di sekitar Kuala Lumpur menjadi punca banjir kilat di Lebuhraya Persekutuan semalam.
Menterinya, Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar, berkata siasatan awal pihaknya mendapati tapak pembinaan di sebelah lebuh raya itu tidak memasang kolam takungan dan perangkap sampah seperti disyaratkan dalam Penilaian Kesan Alam Sekitar (EIA).
Malah, pihaknya juga tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan terhadap pemaju dan kontraktor tapak pembinaan tersebut jika didapati melanggar syarat EIA.
"Kita sedang kenal pasti tarikh kelulusan projek. Kami tidak boleh ambil tindakan terhadap pemaju jika projek diluluskan sebelum Ogos 2015, iaitu sebelum sistem EIA baharu dilaksanakan.
"Bagaimanapun, projek itu masih di bawah kuasa Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) yang meluluskannya.
"Saya harap DBKL akan menyiasat jika ada peraturan EIA dalam perundangannya serta sama ada ia disyaratkan ketika projek itu diluluskan.
"Jika ada, DBKL boleh ambil tindakan kerana pemaju melanggar syarat berkenaan," katanya pada sidang media di Parlimen, hari ini.
Banjir kilat di Lebuhraya Persekutuan laluan Kuala Lumpur ke Shah Alam berhampiran susur keluar ke lebuh raya Kerinchi Link dan Pantai Dalam semalam, menyebabkan laluan lima lorang itu menjadi satu lorong sekaligus memerangkap warga kota dalam kesesakan teruk itu.
Wan Junaidi pada masa sama menegaskan banjir kilat itu bukan berpunca daripada taburan hujan tinggi kerana sistem saliran dan perparitan mampu menampung hujan antara jam 1 tengah hari hingga 4 petang semalam.
Topic Berkaitan
#banjir kilat
#Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaffar
#DBKL
#Dewan Bandaraya Kuala Lumpur
#Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar
#Lebuhraya Persekutuan
#Penilaian Kesan Alam Sekitar
#perparitan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan