awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Op Serkap: Dua warga tempatan ditahan seludup migran di Kota Bharu
Pemandu lori parah ditetak dua individu tidak dikenali di Batu Caves
Ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS, lebih tinggi daripada mata wang utama
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tapak pembinaan simpan diesel tanpa permit diserbu

Bernama
Bernama
06/06/2024
03:10 MYT
Tapak pembinaan simpan diesel tanpa permit diserbu
KPDN Terengganu menemukan sebuah tangki simpanan berisi minyak diesel dengan anggaran 4,000 liter yang dipercayai untuk kegunaan jentera berat. - Foto KPDN Terengganu
BANDAR PERMAISURI: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) merampas 4,000 liter minyak diesel yang disyaki bersubsidi dianggarkan bernilai RM12,000 dalam satu serbuan di sebuah tapak projek pembinaan di Kampung Langkap di sini, semalam.
Pengarah KPDN Terengganu Saharuddin Mohd Kia berkata serbuan menerusi Ops Tiris 3.0 pada 11 pagi itu dilaksanakan oleh empat anggota penguat kuasa KPDN Cawangan Besut selepas risikan selama dua minggu.
"Semasa pemeriksaan dijalankan pasukan kita berjaya menemukan sebuah tangki simpanan berisi minyak diesel dengan anggaran 4,000 liter yang dipercayai untuk kegunaan jentera berat.
"Pemeriksaan lanjut mendapati pihak syarikat pembinaan itu gagal mengemukakan sebarang permit atau surat kebenaran daripada Pengawal Bekalan KPDN untuk menyimpan minyak diesel di lokasi berkenaan," katanya dalam kenyataan hari ini.
Sehubungan itu, beliau berkata satu kertas siasatan dibuka di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961.
Saharuddin berkata KPDN memberi amaran keras kepada semua pihak agar tidak sesekali melakukan kesalahan seumpama itu kerana boleh dikenakan hukuman denda sehingga RM5 juta.
Mana-mana individu yang melakukan kesalahan boleh dikenakan tindakan di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961 (Akta 122) dan jika disabitkan boleh didenda tidak melebihi RM1 juta manakala bagi kesalahan berikutnya tidak melebihi RM3 juta bagi orang perseorangan atau penjara tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya sekali.
Sementara, bagi syarikat sekiranya sabit kesalahan boleh didenda tidak melebihi RM2 juta manakala untuk kesalahan berikutnya tidak melebihi RM5 juta.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#KPDN Terengganu
#diesel bersubsidi
#tapak projek pembinaan
#OPS Tiris 3 0
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan