awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
12 parti politik ditubuh di universiti menerusi Parlimen Belia - Johari
Malaysia, Ukraine teroka peluang kerjasama infrastruktur jalan raya, pembinaan - Nanta
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tapir pula berkeliaran di LPT2

Bernama
Bernama
15/01/2017
23:29 MYT
Tapir pula berkeliaran di LPT2
Beberapa minggu lalu, ada pihak mendakwa terlihat kelibat seekor harimau di LPT2, kini seekor tapir pula dikatakan muncul di situ. - Gambar hiasan
Beberapa minggu lalu, ada pihak mendakwa terlihat kelibat seekor harimau di Lebuhraya Pantai Timur Fasa 2 (LPT2), kini seekor tapir pula dikatakan muncul di situ.
Pengarah Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Terengganu, Mohd Hasdi Husin berkata pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu daripada Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM), petang Sabtu.
Katanya ada yang mendakwa haiwan tersebut berada di susur keluar Kijal, Kemaman dan hasil pemantauan mendapati terdapat pagar berlubang yang memungkinkan ia terlepas hingga ke jalan raya.
"Kita telah memaklumkan perkara ini kepada pihak LLM untuk mengambil tindakan dengan membaiki pagar berkenaan. Sebelum ini, pekerja ladang di kawasan berhampiran juga sering kali melihat tapir berkeliaran di kawasan itu," katanya ketika dihubungi Bernama di sini pada Ahad.
Semalam, seorang pengguna jalan raya sempat merakamkan video seekor tapir berkeliaran dan menyusur jalan di laluan LPT2 itu kira-kira pukul 7.30 malam, dan ia menjadi tular di media sosial.
Mengenai harimau, Mohd Hasdi berkata pihaknya masih belum berjaya menangkapnya namun telah menyediakan perangkap di beberapa lokasi tertentu.
--BERNAMA
Topic Berkaitan
#Lebuhraya Pantai Timur Fasa 2
#LLM
#LPT2
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan