awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

TAR UC dapat kelulusan KPT jadi universiti penuh

Bernama
Bernama
12/04/2022
15:20 MYT
TAR UC dapat kelulusan KPT jadi universiti penuh
Datuk Seri Wee Ka Siong, yang juga Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Pendidikan TARC, berkata pencapaian itu adalah kemuncak kepada kerja keras dan rekod prestasi cemerlang institusi itu. - Foto Facebook/TARC
KUALA LUMPUR: Kolej Universiti Tunku Abdul Rahman (TAR UC) telah mendapat kelulusan Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) untuk dinaik taraf kepada status universiti penuh dan kini dikenali sebagai Universiti Pengurusan dan Teknologi Tunku Abdul Rahman (TAR UMT).
Dalam pengumuman hari ini, Menteri Pengangkutan Datuk Seri Wee Ka Siong, yang juga Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Pendidikan TARC, berkata pencapaian itu adalah kemuncak kepada kerja keras dan rekod prestasi cemerlang institusi itu.
"Sejak 53 tahun lepas, institusi ini telah berkembang pesat dengan diperakui dan diiktiraf atas kecemerlangannya dalam pendidikan serta latihan, terutama dalam bidang pengurusan dan teknologi. Berlandaskan asas yang kukuh ini, TAR UMT bersedia untuk memainkan peranan lebih besar bukan sahaja di Malaysia malah melangkaui sempadan," katanya kepada wartawan pada majlis pengumuman di sini, hari ini.
Wee turut melancarkan pertandingan mencipta logo TAR UMT yang berasaskan falsafahnya 'Melangkaui Pendidikan'.
Pertandingan yang berlangsung hingga 11 Mei ini, menawarkan hadiah utama RM10,000, diikuti tempat kedua RM5,000 dan ketiga RM2,000.
Wee berkata matlamat TAR UMT adalah untuk menjadi hab pembangunan bakat yang menyumbang secara signifikan kepada pertumbuhan industri serta kesejahteraan sosioekonomi masyarakat di Malaysia dan ASEAN.
"Pelan hala tuju 10 tahun dari 2021 hingga 2030 telah dirangka dengan menggariskan strategi yang akan dilaksanakan oleh institusi itu bagi mencapai matlamatnya menjadi hab Pembangunan Bakat Masa Depan di Malaysia dan rantau ini.
"Ia akan terus berkhidmat kepada masyarakat menerusi spektrum aktiviti yang lebih luas dan menjadi universiti untuk rakyat tanpa mengira kaum, status dan kepercayaan," kata Wee.
Institusi tersebut diasaskan lebih lima dekad lampu oleh mendiang Tun Tan Siew Sin, yang ketika itu Presiden MCA.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#TAR UC
#Kolej Universiti Tunku Abdul Rahman
#universiti penuh
#Universiti Pengurusan dan Teknologi Tunku Abdul Rahman
#TAR UMT
#Wee Ka Siong
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan