Video sekumpulan anak muda yang membuat tarian ala ‘Gangnam Style’ pada sambutan Thaipusam baru-baru ini telah mendapat teguran dari kumpulan agama Hindu yang menyifatkannya sebagai ‘biadap’.
Video yang telah dimuatnaik dalam laman Youtube pada 27 Januari itu dilaporkan berlaku di Pulau Pinang.
Walaupun amaran telah diberikan namun masih terdapat pihak yang mempermainkan upacara keagamaan itu.
Timbalan presiden Sangam Hindu Malaysia, V. Kandasamy telah mengutuk tindakan anak-anak muda tersebut dan mencadangkan agar mereka ini ‘diberi didikan’.
“Pihak jawatankuasa kuil menyuruh anak-anak muda ini menghentikan perbuatan mereka sejurus selepas melihatnya. Ada banyak lagi lagu-lagu keagamaan yang boleh mereka gunakan... namun mereka memilih ‘Gangnam Style’.
“Ia tempat suci, bukannya pub. Hormati tempat tersebut dan juga agama,” kata beliau lagi.
Setiausaha Biro Keagamaan Pemuda MIC, P. Punithan turut mengutuk tindakan tersebut, namun beliau tidak menyalahkan anak-anak muda itu seratus peratus kerana musik itu telah dimainkan oleh seorang pemilik gerai.
Sementara itu pengerusi kuil Arulmigu Balathandayuthapani, P. Kuvenaraju menentang perbuatan tersebut.
Beliau akui tiada cara yang khusus untuk menyembah tuhan dalam agama Hindu tetapi ini tidak bermakna apa yang dilakukan anak-anak itu betul.
Selain itu tarian tersebut juga mendapat kutukan hebat dari para pengunjung Youtube.
Astro Awani
Wed Jan 30 2013
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, pada Sabtu.
BN dan UMNO tetap rakan setia politik dengan PH
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan parti itu akan kekal setia sebagai rakan politik bersama Pakatan Harapan (PH) di dalam Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jelas beliau, BN dan juga UMNO juga tidak akan termakan dengan ajakan serta pujukan daripada mana-mana pihak untuk meninggalkan gabungan sedia ada.
Saya dinasihatkan kekal sebagai MB Selangor - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan, termasuk merangka Rancangan Selangor Kedua yang dijangka siap pada 2026.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 14 Disember 2024.
10 Berita Pilihan - (14 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, hari ini.
Checkmate! remaja tewaskan juara bertahan dari China
Seorang remaja berusia 18 tahun dari India, Gukesh Dommaraju dinobatkan juara dunia catur termuda selepas menundukkan lawannya dari China yang juga juara bertahan, Ding Liren. Dommaraju menewaskan Liren dalam satu perlawanan dramatik yang berlansung di Singapura.
Saya dinasihat kekal sebagai MB sehingga akhir penggal - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan.
Pelajar Malaysia di Syria selamat
Pelajar Malaysia di Syria maklumkan mereka dalam keadaan selamat.
Iklan judi: Kempen tidak masuk akal, tidak cukup berjihad jadi punca - PPIM
Dalam pada masyarakat berdepan cabaran COVID-19, dan menjelang perayaan Aidilfitri, ada pihak tertentu yang mengambil kesempatan.
Kenyataan Ronnie Liu biadab, tidak hormati Perdana Menteri - Bersatu
Ketua Penerangan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) Dr. Radzi Jidin hari ini menemplak kenyataan Ahli Dewan Undangan DAP Ronnie Liu yang menyebut bahawa Pakatan Harapan (PH) tidak memerlukan BER