Peningkatan tarif air di Selangor dijangka tidak dapat dielakkan selepas kerajaan negeri melakukan penstrukturan semula pengurusan air pada bulan hadapan.
Menteri Air, Tanah dan Sumber Asli, Dr Xavier Jayakumar berkata, langkah ini merupakah kaedah terbaik buat Syarikat Pengurusan Air Selangor (Air Selangor) membayar balik kepada Pengurusan Aset Air Berhad (Paab) bagi menyelesaikan proses pengambilalihan Syarikat Pengeluaran Air Selangor Sdn Bhd (Splash).
"Tarif yang ada sekarang sangat rendah. Ini adalah kadar seperti 20 tahun lalu.
"Namun, bercakap soal kenaikan itu, ia bukannya akan dinaikkan terus sehingga 100 peratus namun secara berperingkat semi mendapatkan bekalan air terawat yang lebih baik," katanya seperti dipetik oleh Malay Mail.
Sebelum ini, Menteri Besar Selangor, Amirudin Shari memaklumkan bahawa proses penstrukturan semula industri air di Selangor yang tertangguh sebelum ini akan dimuktamadkan pada awal atau pertengahan Ogos depan.
Xavier sebelum ini turut menafikan laporan berita antarabangsa yang mengatakan bahawa kerajaan akan membayar RM1.9 bilion kepada Splash bagi proses pengambilalihan tersebut.
Beliau berkata, rundingan mengenai perkara itu masih dijalankan antara kedua-dua pihak dan ia dijangka akan selesai pada 10 Ogos depan.
Dalam pada itu, Xavier juga turut enggan mendedahkan kadar kenaikan tersebut sebaliknya menjelaskan bahawa tindakan itu perlu diambil seiring dengan pemerolehan Splash.
Mengulas mengenai pemberian air percuma di negeri itu, Xavier menjelaskan bahawa Kerajaan Selangor perlu mempertimbangkan semula perkara tersebut bagi menyediakan bekalan air dalam tempoh jangka masa panjang.
"Walaupun skim ini menjadi antara fokus dalam sistem penstrukturan semula air, tetapi saya merasakan program air percuma ini hanya perlu disasarkan ke kawasan yang mempunyai penduduk berpendapatan rendah sahaja,"katanya.
Sebelum ini, proses penstrukturan semula air di Selangor tertangguh sejak sekian lama susulan kegagalan kerajaan negeri dan persekutuan semasa pentadbiran BN mencapai kata sepakat berkaitan nilai tawaran pengambilalihan Splash.
Sinar Harian
Sat Jul 28 2018
Menteri Besar Selangor, Amirudin Shari memaklumkan bahawa proses penstrukturan semula industri air di Selangor yang tertangguh sebelum ini akan dimuktamadkan pada awal atau pertengahan Ogos depan.
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, pada Sabtu.
BN dan UMNO tetap rakan setia politik dengan PH
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan parti itu akan kekal setia sebagai rakan politik bersama Pakatan Harapan (PH) di dalam Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jelas beliau, BN dan juga UMNO juga tidak akan termakan dengan ajakan serta pujukan daripada mana-mana pihak untuk meninggalkan gabungan sedia ada.
Saya dinasihatkan kekal sebagai MB Selangor - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan, termasuk merangka Rancangan Selangor Kedua yang dijangka siap pada 2026.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 14 Disember 2024.
10 Berita Pilihan - (14 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, hari ini.
Checkmate! remaja tewaskan juara bertahan dari China
Seorang remaja berusia 18 tahun dari India, Gukesh Dommaraju dinobatkan juara dunia catur termuda selepas menundukkan lawannya dari China yang juga juara bertahan, Ding Liren. Dommaraju menewaskan Liren dalam satu perlawanan dramatik yang berlansung di Singapura.
Saya dinasihat kekal sebagai MB sehingga akhir penggal - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan.
Pembukaan banyak pusat data boleh jejas sumber air negara
Meskipun Malaysia mengalu-alukan pelaburan itu, pakar bimbang tidak ada cukup langkah untuk melindungi air bagi kegunaan awam dan persekitaran.
Semua empangan di Selangor berkapasiti penuh, mampu bertahan empat bulan
Secara keseluruhan, kapasiti air mentah mampu bertahan selama tempoh empat bulan tanpa hujan.
Masalah air perlukan penyelesaian yang lebih saksama
Jelas beliau, jika masalah air ini gagal diatasi ia juga akan menyumbangkan kepada penutupan kilang-kilang dan pelabur berpindah ke negara lain.
Dasar Air Negara diperkemas, KASA lantik UKM jalankan kajian
Pakar runding dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dilantik Kementerian Alam Sekitar dan Air bagi menjalankan kajian Dasar Negara dalam mengukuhkan dasar air yang lebih menyeluruh dan holistik.
Ketika banjir melanda, LRA Cheras Batu 11, Langat 2 dihenti tugas, jejas 472 kawasan - Air Selangor
Berikutan peningkatan paras air sungai yang mengakibatkan banjir, dua LRA iaitu LRA Cheras Batu 11 dan LRA Langat 2 dihenti tugas manakala LRA Sungai Langat beroperasi pada pengeluaran separa.
Bekalan air terjejas kerana elektrik terputus - AKSB
Bekalan air terawat yang terjejas di beberapa jajahan di Kelantan berpunca dari bekalan elektrik yang terputus hingga menyebabkan pam air mentah terhenti pada Jumaat lepas.
Euro 2020: Ronaldo tolak tepi minuman tajaan kejohanan
Cristiano Ronaldo mengetepikan botol tersebut dan menyebut 'agua', sekali gus memberikan mesej kepada semua supaya tidak mengambil minuman yang mengandungi gula yang tinggi itu.
Lubang benam gergasi 'muncul' di Mexico
Lubang itu pada mulanya hanya berukuran lima meter namun saiznya menjadi berkali ganda hanya dalam beberapa jam.
Indeks Harga Pengguna naik 1.7 peratus pada Mac 2021
Peningkatan dalam keseluruhan IHP tersebut didorong oleh kenaikan indeks pengangkutan, makanan, pelbagai barangan dan perkhidmatan.
Ramadan 2021: Masalah mulut berbau.. Apa puncanya?
Ramai salah anggap, samakan plak dengan makanan yang tertinggal dalam mulut, sedangakan ia adalah benda yang bebeza.