awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
JKSB terima dua pengiktirafan MBOR untuk sistem Pengurusan Trafik AI Pintar
Agong lawat dua pusat pembuatan pertahanan teknologi canggih di Abu Dhabi
Peniaga di destinasi pelancongan diingatkan tidak naikkan harga, tipu sukatan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tarif air tidak disemak terlalu lama, masalah kewangan antara kekangan operator air seluruh negara

Vivi Sumanti
Vivi Sumanti
30/07/2022
20:01 MYT
Tarif air tidak disemak terlalu lama, masalah kewangan antara kekangan operator air seluruh negara
Tuan Ibrahim turut menjelaskan, kekangan kewangan juga antara isu yang dihadapi oleh badan yang menguruskan bekalan air. - Gambar fail
PASIR PUTEH: Kementerian Alam Sekitar dan Air (KASA) memaklumkan antara kekangan yang dihadapi oleh syarikat atau operator pembekalan air bersih di seluruh negara adalah berkaitan tarif air.
Perkara itu dimaklumkan oleh Menterinya, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man yang turut menjelaskan, kekangan kewangan juga antara isu yang dihadapi oleh badan yang menguruskan bekalan air.
"Isu-su bekalan air ni sebenarnya isu yang berlaku di banyak negeri. Isu besarnya adalah berkaitan tarif air yang mana, di sesetengah negeri sudah 40 tahun tak pernah naik.
"Ia menyebabkan operator air menghadapi masalah kewangan, sebab itu kalau berlaku kes-kes besar ia memerlukan dana yang banyak.
"Selain itu, pengurusan ini (juga antara yang menjadi kekangan) melibatkan penambahan kakitangan dan sebagainya" katanya kepada pemberita selepas merasmikan mesyuarat Pas kawasan Pasir Puteh pada Sabtu.
Jelas Tuan Ibrahim lagi, dalam konteks masalah air di Kelantan, pihak KASA telah meluluskan beberapa projek penggantian paip lama yang sedang dilaksanakan.
"Selain itu, projek naik taraf loji-loji baharu dan kita dalam perancangan membina satu kolam takungan atau TAPS (kolam takungan air pinggiran sungai) yang besar di Machang, yang kapasiti sebanyak 500 juta liter air sehari," katanya.
Tambahnya penggunaan air di Kelantan lebih kurang 500 juta liter sehari.
"Manakala dalam perancangan juga ialah untuk membina loji rawatan air di sungai Semerak, Pasir Puteh yang boleh membekalkan lebih kurang dalam 30 juta liter air sehari," jelasnya.
"Setakat ini, terdapat lima loji rawatan air yang sudah siap dibina termasuk di Ketereh yang sudah memulakan operasi, di Taman Teluk Mesirah, juga sudah mula beroperasi di Tunjung," katanya.
Sebelum ini Tuan Ibrahim berkata, masalah utama yang membawa kepada isu bekalan air di Kelantan bertitik tolak daripada kelemahan tadbir urus dan kedudukan kewangan Air Kelantan Sdn Bhd. (AKSB) yang tidak mampan.
Berdasarkan analisis yang dibuat, katanya, perkara itu menyebabkan AKSB menghadapi kesukaran untuk menyediakan perkhidmatan bekalan air yang berkualiti kepada penduduk Kelantan.
"Rentetan daripada itu juga, AKSB menghadapi masalah untuk membangunkan aset air bagi memenuhi permintaan seiring dengan pertumbuhan pembangunan, menaik taraf aset-aset sedia ada bagi meningkatkan rizab margin, kepatuhan kepada parameter kualiti air minum dan melaksanakan program penggantian paip bagi mengurangkan kadar air tidak berhasil (NRW)," katanya.
Topic Berkaitan
#isu bekalan air
#Kelantan
#tarif air
#Tuan Ibrahim Tuan Man
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan