awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kerjasama digital Malaysia-India mudahkan urusan rentas sempadan - PM Anwar
Malaysia-India berpotensi jadi suara dialog serantau - PM Anwar
Sekurang-kurangnya 20 kanak-kanak Sudan maut pada Januari - UNICEF
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tarif elektrik di Semenanjung, Sabah dan Labuan turun bermula 1 Mac

Astro Awani
Astro Awani
11/02/2015
11:45 MYT
Tarif elektrik di Semenanjung, Sabah dan Labuan turun bermula 1 Mac
Bermula 1 Mac sehingga 30 Jun 2015, tarif baharu tersebut akan berkurangan daripada 38.53 sen kepada 36.28 sen. - Gambar fail
Setelah berlaku penurunan dalam harga minyak di pasaran dunia, impian rakyat Malaysia untuk mengurangkan beban kos harian terutamanya harga barangan mungkin dapat dirasai dengan pengumuman penurunan tarif elektrik oleh Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air (KeTTHA) petang tadi.
Dalam kenyataan ringkas yang turut disiarkan melalui Twitter rasmi Tenaga Nasional Berhad (TNB), pengurangan tarif adalah sebanyak 2.25 sen per jam kilowatt (kwh). Bermula 1 Mac sehingga 30 Jun 2015, tarif baharu tersebut akan berkurangan daripada 38.53 sen kepada 36.28 sen.
TNB tariff will reduce by 2.25 cents/kwh ( 5.8% ) from 1st March to 30 June 2015. Average tariff reduce from 38.53 cents to 36.28 cents.
— Tenaga Nasional (@Tenaga_Nasional) February 11, 2015
Sementara itu di Sabah dan Labuan, penurunan tarif tersebut adalah sebanyak 1.20 sen/kWh.
Menteri KeTTHA, Datuk Seri Dr. Maximus Ongkili mengesahkan perkara tersebut dengan menyatakan bahawa Kabinet pada Rabu telah memutuskan penurunan tarif elektrik pada kadar 2.25 sen/kwj bagi pengguna di Semenanjung Malaysia 1 Mac-30 Jun 2015 berdasarkan semakan pelepasan kos bahan api dan penjanaan (ICPT).
Pengguna domestik bakal nikmati pengurangan bil elektrik dalam lingkungan RM13.50 sehingga RM45 dalam bil bulanan dengan penjimatan ICPT.
Minggu lalu, pelbagai pihak yang menggesa pihak TNB agar segera menurunkan kadar tarif elektrik memandangkan selama ini nilai kos tenaga tersebut banyak dipengaruhi oleh harga minyak dunia.
Dewan Perniagaan dan Perindustrian Cina Malaysia (ACCCIM) melalui Presidennya, Datuk Lim Kok Cheong, berkata bahawa elektrik merupakan salah satu daripada komponen utama dalam perniagaan tempatan dan pelabur luar negara, dan sebarang penurunan tarif mampu membantu melaras semula kos operasi yang saban tahun telah meningkat.
Topic Berkaitan
#elektrik
#kos minyak
#Maximus Ongkili
#tarif
#Tenaga Nasional Berhad
#TNB
#turun
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan