Tarif elektrik yang dikenakan kepada pengguna adalah berdasarkan kos sebenar yang telus dan sistematik, demikian menurut Suruhanjaya Tenaga (ST) .
Ketua Unit Harga Elektrik, Jabatan Pembangunan dan Kawalselia Pasaran Elektrik ST, Marlinda Mohd Rosli berkata pelarasan tarif elektrik melalui mekanisme Kos Pelepasan Tidak Seimbang (ICPT) yang dilaksanakan setiap enam bulan turut terbahagi kepada tiga elemen termasuk kos bekalan dan kos perbelanjaan.
"Kos-kos inilah yang kita akan tentukan secara efisien serta telus dan ini akan dilakukan menerusi Kawal Selia Berasaskan Insentif (IBR) yang telah diperkenalkan kerajaan," katanya.
Beliau berkata demikian dalam program Selamat Pagi Malaysia (Nadi Seri Pagi) bertajuk 'Pelarasan Rebat Tarif Elektrik' di saluran TV1 terbitan Radio Televisyen Malaysia yang bersiaran pada 19 Julai lepas.
Menjelaskan selanjutnya, Marlinda berkata kos bekalan terbahagi kepada beberapa aspek antaranya kos bahan api dan kos modal.
"Bila kita tetapkan tarif asas tahun 2014 berasaskan unjuran kos (kita andaikan harga bahan api akan naik) tetapi Alhamdulillah sejak kita mulakan (penetapan tarif) harga arang batu menurun.
"Kecuali tempoh ini sahaja ia (harga arang batu) naik tetapi sepanjang tiga tahun lepas harga bahan api telah turun. Satu lagi bahan api yang kita teliti adalah harga gas asli cecair yang turut menurun," katanya.
Marlinda berkata, bagi kos perbelanjaan, ianya terdiri daripada kos seperti pembangunan infrastruktur, penghantaran dan pengagihan.
Menurutnya, elemen lain yang turut diterapkan dalam penetapan tarif elektrik adalah standard prestasi oleh syarikat elektrik yang selaras dengan kadar yang dikenakan.
"Objektifnya adalah untuk memastikan tarif elektrik diletakkan pada kadar yang munasabah dan pada masa yang sama kita memberi pulangan yang wajar kepada syarikat utiliti seperti Tenaga Nasional Bhd ataupun Sabah Electricity Sdn Bhd di Sabah," katanya.
IBR yang diperkenalkan oleh ST pada 2014 adalah bagi menambah baik proses pengenaan tarif kepada pengguna selain membolehkan kerajaan memantau secara berkesan kos pembekalan tenaga elektrik.
Melalui IBR, tarif asas ditetapkan pada setiap tiga tahun dengan mengambil kira semua kos berkaitan penjanaan, penghantaran dan pembahagian tenaga elektrik bagi membolehkan pelarasan kos bahan api dan penjanaan dibuat setiap enam bulan menggunakan mekanisme ICPT.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Aug 02 2017
Tarif elektrik yang dikenakan kepada pengguna adalah berdasarkan kos sebenar yang telus dan sistematik, demikian menurut Suruhanjaya Tenaga (ST) .
[INFOGRAFIK] Kerugian Banjir 2024
Berikut adalah info berkenaan dengan kerugian banjir 2024.
Hubungan erat Malaysia-Denmark tawar manfaat kepada tenaga kerja
Pembukaan semula Kedutaan Denmark bantu tingkat kerjasama dalam bidang keselamatan dan kesihatan pekerjaan.
[INFOGRAFIK] Buat Pilihan Lebih Baik Demi Malaysia Yang Lebih Hijau Dan Lestari
Berikut adalah info berkenaan dengan membuat pilihan lebih baik demi Malaysia yang lebih hijau dan lestari.
Siang "concierge", malam "Doktor Mayat" - Kisah Muslimah pertama pengawet jenazah di Singapura
Kisah Zainab Ash Shughra Amer, Muslimah pertama yang menjadi pengawet jenazah - juga satu-satunya buat masa ini - di Singapura.
Sistem politik penuhi aspirasi rakyat penting bagi Syria
Penentuan masa depan Syria masa depan melalui sistem politik yang memenuhi aspirasi rakyat negara itu adalah penting bagi mengekalkan kestabilan politik.
Menerusi hantaran Perdana Menteri Sementara Lubnan Najib Mikati di X, perkara itu disampaikan beliau dalam pertemuannya dengan Paus Francis di Vatican City pada Jumaat.
Menerusi hantaran Perdana Menteri Sementara Lubnan Najib Mikati di X, perkara itu disampaikan beliau dalam pertemuannya dengan Paus Francis di Vatican City pada Jumaat.
Netanyahu, Katz adakan tinjauan di Bukit Golan
Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu, melalukan tinjauan di Bukit Golan pada Jumaat ketika tentera Israel meluaskan kawalan mereka ke puncak Gunung Hermon, kawasan strategik yang bersempadan dengan Syria.
Perkara itu dikongsikan Menteri Pertahanan Israel, Israel Katz di platform X yang turut hadir bersama Netanyahu.
Perkara itu dikongsikan Menteri Pertahanan Israel, Israel Katz di platform X yang turut hadir bersama Netanyahu.
Rusia pindah peralatan ketenteraan dari Syria
Rusia dilaporkan sedang mengemas peralatan ketenteraannya di pangkalan udara di wilayah pesisir Latakia, Syria, selepas penggulingan Presiden Bashar al-Assad oleh pemberontak hujung minggu lalu.
Imej satelit yang dikeluarkan menunjukkan sekurang-kurangnya dua pesawat, antara pesawat kargo terbesar di dunia, berada di pangkalan tersebut dengan bahagian hadapan pesawat terbuka untuk pemuatan peralatan.
Imej satelit yang dikeluarkan menunjukkan sekurang-kurangnya dua pesawat, antara pesawat kargo terbesar di dunia, berada di pangkalan tersebut dengan bahagian hadapan pesawat terbuka untuk pemuatan peralatan.
Qatar, AS tekankan kepentingan kesatuan Syria
Qatar dan Amerika Syarikat menekankan kepentingan kesatuan Syria dan peralihan kuasa secara aman negara itu melalui proses politik inklusif yang berasaskan Resolusi Majlis Keselamatan PBB 2254.
Menurut Kementerian Luar Qatar dalam satu kenyataan, perkara itu bagi meningkatkan usaha untuk melindungi orang awam dan memerangi keganasan di Syria.
Menurut Kementerian Luar Qatar dalam satu kenyataan, perkara itu bagi meningkatkan usaha untuk melindungi orang awam dan memerangi keganasan di Syria.
Blinken bahas isu Syria dalam lawatan mengejut ke Iraq
Setiausaha Negara Amerika Syarikat, Antony Blinken, melakukan lawatan mengejut ke Iraq pada Jumaat dan bertemu Perdana Menteri Mohammed Shia al-Sudani untuk membincangkan peralihan politik Syria.
Beliau menyeru pembentukan kerajaan inklusif dan tidak bersifat sektarian selepas kejatuhan Bashar al-Assad.
Beliau menyeru pembentukan kerajaan inklusif dan tidak bersifat sektarian selepas kejatuhan Bashar al-Assad.
Austria tawar 1,000 Euro kepada pelarian Syria
Kerajaan Austria menawarkan 1,000 euro kepada pelarian Syria untuk kembali ke negara mereka selepas kejatuhan kerajaan rejim Bashar al-Assad.
Canselor Austria, Karl Nehammer dalam satu hantaran di X berkata, tawaran itu mencerminkan sokongan Austria kepada pelarian Syria di negara itu.
Canselor Austria, Karl Nehammer dalam satu hantaran di X berkata, tawaran itu mencerminkan sokongan Austria kepada pelarian Syria di negara itu.
Banjir: Suruhanjaya Tenaga nasihat utamakan keselamatan libatkan elektrik, gas
Suruhanjaya Tenaga (ST) mengingatkan orang ramai supaya sentiasa berwaspada serta mengutamakan keselamatan dalam penggunaan elektrik dan gas semasa musim banjir yang melanda negara ketika ini.
PETRA Skuad: Melaka jadi lokasi pertama jelajah transformasi tenaga dan air
Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) memulakan siri jelajah sulungnya, PETRA Skuad Zon Selatan, dengan Melaka menjadi lokasi pertama yang disinggahi.
Malaysia cadang guna nuklear sebagai sumber tenaga negara pada masa depan - Rafizi
Malaysia bercadang untuk menggunakan penjanaan tenaga nuklear sebagai salah satu sumber tenaga negara pada masa hadapan, kata Menteri Ekonomi Rafizi Ramli.
Banjir: Orang ramai diminta ambil langkah keselamatan elektrik dan gas
Orang ramai perlu mengambil langkah-langkah pengawasan sebelum banjir, semasa dan selepas banjir.
Suruhanjaya Tenaga keluarkan garis panduan sebagai rangka kerja kawal selia untuk CRESS - PETRA
PETRA berkata, mana-mana pihak yang berminat boleh memuat turun garis panduan CRESS melalui laman sesawang Suruhanjaya Tenaga.
Aidilfitri: Orang ramai dinasihat utamakan keselamatan elektrik dan gas - ST
Orang ramai dinasihatkan supaya mengutamakan keselamatan elektrik dan gas menjelang sambutan Aidilfitri tidak lama lagi.
Suruhanjaya Tenaga, SME Corp Malaysia meterai MoU untuk bangunkan PMKS
MoU bertujuan untuk memperluas dan meneruskan hubungan kerjasama terutamanya dalam perancangan dan pelaksanaan program-program untuk PMKS.
MyPower Corp kaji pembaharuan tarif elektrik - Fadillah
MyPower Corp sedang mengkaji untuk melakukan pembaharuan struktur tarif elektrik.
Syarikat kendali EVCS terbakar di Johor beroperasi tanpa lesen - ST
Syarikat yang mengendalikan stesen pengecas kenderaan elektrik (EVCS) di Johor yang terbakar 31 Dis lepas didapati beroperasi tanpa lesen.
Stesen Janakuasa Hidro Tenom Pangi di Sabah beroperasi semula Mac ini
SJHTP milik Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB) dijangka beroperasi semula pada Mac ini setelah turbin penjana Unit 3 yang berkapasiti 22MW dapat dipulihkan sepenuhnya.