awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Krisis politik Perlis: Ahli Pas diminta kekal tenang, jangan terpengaruh provokasi - Tuan Ibrahim
TPM Ahmad Zahid puji kejayaan tiga pelajar Orang Asli rangkul emas di IRO 2025
NSW, Australia larang perhimpunan awam selama 2 minggu
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tarif AS: Jaminan kerajaan RM1 bilion, dana pembiayaan mudah RM500 juta - PM

Hasimi Muhamad
Hasimi Muhamad
05/05/2025
04:10 MYT
Tarif AS: Jaminan kerajaan RM1 bilion, dana pembiayaan mudah RM500 juta - PM
Anwar turut berkata kerajaan juga bersetuju menambah Dana Pembiayaan Mudah sebanyak RM500 juta melalui Institusi Pembangunan Kewangan (DFI). - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Kerajaan bersetuju meningkatkan jaminan kerajaan sebanyak RM1 bilion di bawah Skim Jaminan Pembiayaan Perniagaan (SJPP), khusus untuk membantu pengeksport perusahaan kecil dan sederhana (PKS) yang terjejas akibat tarif Amerika Syarikat (AS) bagi mendapatkan pinjaman daripada bank komersial.
Memberitahu Dewan Rakyat, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata kerajaan juga bersetuju menambah Dana Pembiayaan Mudah sebanyak RM500 juta melalui Institusi Pembangunan Kewangan (DFI).
Jelas beliau, ia antara langkah yang diambil Kerajaan Madani bagi mengatur strategi dalam memastikan kestabilan ekonomi serta mempertahankan kepentingan negara untuk jangka masa pendek dan sederhana.
"Kerajaan terus memantau perkembangan semasa dan bersedia menyediakan bantuan bersasar kepada PKS.
"Selain itu, menggalakkan kerjasama serantau dan pasaran baharu seperti di Eropah, Timur Tengah, Asia Tengah dan Amerika Selatan serta memperkukuh perdagangan serantau terutamanya dengan negara ahli ASEAN.
"Mengukuhkan integrasi ASEAN dan menggalakkan aktiviti ekonomi antara ASEAN melalui projek pembangunan merentasi ASEAN seperti Grid Kuasa ASEAN (ASEAN Power Grid) yang telah disepakati.
"Perdana Menteri Vietnam akan menandatangani perjanjian awal pada akhir Mei ini," kata Anwar.
Perdana Menteri berkata demikian pada sesi penerangan mengenai tindakan AS mengenakan tarif timbal balas ke atas semua import ke negara dan kesannya ke atas ekonomi Malaysia dalam Sidang Khas Parlimen di Dewan Rakyat, di sini hari ini.
BERITA LANJUT MENYUSUL
Topic Berkaitan
#tarif AS
#Donald Trump
#Anwar Ibrahim
#Malaysia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan