awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tun Mahathir gesa kerajaan perhebat bantuan untuk mangsa banjir Aceh
OPS Selera: Imigresen serbu kedai makan terkenal di Kampung Baru
Darurat diisyihtiar di selatan California susulan ribut musim sejuk yang kuat
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tarif: Pertemuan dengan AS, Malaysia belum dapat tarikh

Madiha Abdullah
Madiha Abdullah
14/04/2025
15:18 MYT
Tarif: Pertemuan dengan AS, Malaysia belum dapat tarikh
Tengku Zafrul berkata, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sendiri menekankan keperluan terhadap strategi yang komprehensif dan jelas dalam perbincangan dengan AS. - Astro AWANI / SHAHIR OMAR
KUALA LUMPUR: Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Datuk Seri Tengku Zafrul Abdul Aziz memaklumkan Malaysia masih belum menerima maklum balas berhubung tarikh pertemuan dengan wakil perdagangan tertinggi Amerika Syarikat di Washington.
Rundingan dua hala dengan pentadbiran Donald Trump itu dirancang susulan pelaksanaan tarif ke atas Malaysia.
"Minggu depan akan ada mesyuarat yang terdiri daripada pegawai kanan ASEAN, ia telah dijadualkan, tetapi timbalan atau penolong Wakil Perdagangan Amerika Syarikat (USTR) juga akan hadir dari Washington. Jadi ada jalan lain (selain pertemuan yang dirancang).
"Dan pada masa yang sama, saya secara rasmi telah menulis melalui pejabat di Washington dan juga melalui kedutaan di sini, untuk kita bertemu dengan rakan sejawatan saya, USTR, serta Setiausaha Perdagangan.
"Kami belum dapat tarikh, tetapi di peringkat pegawai kanan, perbincangan telah bermula," katanya dalam satu sidang media khas selepas mesyuarat National Geoeconomic Command Centre (NGCC), pada Isnin.
Jelasnya, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sendiri menekankan keperluan terhadap strategi yang komprehensif dan jelas dalam perbincangan dengan AS terutama membabitkan isu-isu tertentu yang memerlukan sokongan semua kementerian yang berkaitan.
Dalam perkembangan berkaitan, Tengku Zafrul memaklumkan pelabur asing utama kekal komited terhadap rancangan pembangunan mereka di Malaysia.
Walau bagaimanapun, katanya, beberapa firma asing yang lebih kecil ada menyatakan keraguan dan memerlukan masa sebelum meneruskan rancangan mereka.
"Setakat ini, organisasi besar yang kami temui dan berbincang, komited untuk meneruskan pelaburan. Sudah tentu, terdapat beberapa syarikat yang lebih kecil yang bimbang. Jadi sudah tentu mereka menunggu untuk mendapatkan maklumat yang lebih jelas.
"Amat sukar bagi syarikat hari ini untuk membuat sebarang keputusan termaklum mengenai sama ada untuk meneruskan (pelaburan) atau tidak.
"Kita tidak boleh menolak fakta bahawa situasi ini pasti akan mengganggu keputusan yang mahu diambil, kerana suka atau tidak, ketidakpastian mewujudkan cabaran bagi pelabur apabila mereka ingin melabur pada masa hadapan," katanya.
Malaysia berjaya menarik pelaburan asing daripada syarikat teknologi gergasi sepanjang tahun lalu, antaranya termasuk Intel Corp, Infineon Technologies AG, Oracle Corp, Google LLC, Microsoft Corp dan ByteDance Ltd.
Topic Berkaitan
#Amerika Syarikat
#tarif
#Tengku Zafrul Aziz
#rundingan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan