NATIONAL
Tarif AS: Selangor ikhtiar kurangkan kesan kepada PMKS - Amirudin

Amirudin berkata, Malaysia selaku Pengerusi ASEAN tahun ini sudah pasti bertanggungjawab mempertimbangkan rakan negara jiran yang terkesan. -Bernama
SHAH ALAM: Kerajaan Selangor akan mengadakan perbincangan secara menyeluruh dengan pelbagai pihak pada minggu depan bagi menangani kesan tarif baharu oleh Amerika Syarikat (AS).
Ringkasan AI
- Kerajaan Selangor akan mengadakan perbincangan dengan pelbagai pihak minggu depan untuk menangani kesan tarif baharu AS, yang dijangka memberi kesan kepada sektor PMKS.
- Industri semikonduktor Malaysia tidak dikenakan tarif, memberi peluang lebih baik kepada Selangor dan Malaysia.
- Malaysia sebagai Pengerusi ASEAN tahun ini bertanggungjawab mempertimbangkan rakan negara jiran yang terkesan dan mencari penyelesaian untuk memastikan akses pasaran tidak terjejas.
"Jadi, di situ sebenarnya memberi ruang untuk Selangor dan juga Malaysia mendapat peluang yang lebih baik," katanya dalam sidang media di Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) Selangor, di sini, pada Isnin.
Bagaimanapun, Amirudin berkata, Malaysia selaku Pengerusi ASEAN tahun ini sudah pasti bertanggungjawab mempertimbangkan rakan negara jiran yang terkesan.
"Kita juga ada solidariti dengan negara-negara lain. Saya percaya pertemuan Presiden Indonesia, Prabowo Subianto dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Ahad membincangkan hal itu untuk kemaslahatan bersama negara ASEAN," katanya.
Pada Ahad, Anwar menyatakan komitmen kerajaan bagi mencari penyelesaian untuk memastikan akses pasaran tidak terjejas.
Menurut Perdana Menteri, langkah itu penting bagi menarik pelaburan asing dan menyokong kesejahteraan pekerja serta perniagaan di Malaysia.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami