NATIONAL
Tarif Trump: Tengku Zafrul bakal ke AS, ketuai proses rundingan

Tengku Zafrul (foto) bakal ke AS bagi mengetuai delegasi Malaysia berunding berkait tarif yang dikenakan pentadbiran Donald Trump.
KUALA LUMPUR: Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI), Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz bakal ke Amerika Syarikat (AS) bagi mengetuai delegasi Malaysia berunding berkait tarif yang dikenakan pentadbiran Donald Trump.
Ringkasan AI
- Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI), Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz, bakal ke Amerika Syarikat (AS) bagi mengetuai delegasi Malaysia berunding berkait tarif yang dikenakan pentadbiran Donald Trump.
- Tengku Zafrul menyatakan bahawa pasukan MITI di Washington dan pejabat Pertubuhan Perdagangan Dunia (WTO) telah memulakan proses rundingan, dengan keutamaan negara sebagai asas utama dalam sebarang keputusan.
- Lawatan Presiden China, Xi Jinping, ke Malaysia dalam masa terdekat akan menumpukan kepada pengukuhan perdagangan serantau, dengan China sebagai rakan dagang terbesar Malaysia.
“Apa yang kita tidak mahu lihat adalah situasi ini makin meruncing kerana ia tidak akan memberi keuntungan kepada sesiapa pun, itu pendapat kita (Malaysia).
“Kita akan teruskan komunikasi kita (dengan AS) seperti yang diumumkan Perdana Menteri pagi tadi,” katanya ketika ditemui media selepas menyampaikan ucapan penutup Persidangan Pelaburan ASEAN (AIC) di ibu negara pada Selasa.
Pada masa sama, Tengku Zafrul berkata lawatan Presiden China, Xi Jinping ke Malaysia dalam masa terdekat akan menumpukan kepada pengukuhan perdagangan serantau.
“Di pihak Malaysia, apa yang penting adalah kita mengemukakan idea dan cadangan berterusan untuk mengukuhkan perdagangan Malaysia-China.
“China merupakan rakan dagang terbesar Malaysia sejak sekian lama. Pelaburan pula menjadi kunci utama kepada minat China untuk ke rantau ini termasuk Malaysia,” katanya.
Pada sebelah pagi tadi, perdana menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan bahawa Malaysia enggan berpegang kepada ‘megaphone diplomacy’ sebagai respons kepada impak pelaksanaan tarif oleh Trump.
Sebaliknya, Anwar sekali lagi menegaskan bahawa Malaysia akan mengguna pendekatan ‘soft diplomacy’ dalam rundingan bersama AS.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami