LANGKAWI: Eagle's Nest Skywalk Langkawi yang menjadi tarikan terbaharu pulau peranginan ini dijangka dibuka kepada orang ramai selepas pembinaannya siap sepenuhnya dalam tempoh dua bulan lagi.
Menteri Besar Kedah Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor berkata projek tersebut yang dimulakan pada 2019 sebelum ini menghadapi pelbagai cabaran termasuk tempoh pandemik COVID-19 yang menyebabkan kerja-kerja pembinaannya ditangguhkan.
"Namun kini kerja-kerja pembinaan sudah menghampiri 100 peratus, jadi saya mengucapkan tahiah kepada MBI Kedah (Perbadanan Menteri Besar Kedah) dan syarikat Baron Group yang terbabit dalam projek ini yang telah berusaha dari peringkat awal sehinggalah ke tahap ini.
"Projek ini adalah 100 peratus diilhamkan, direka bentuk dan pembinaannya oleh anak-anak tempatan sekali gus membuktikan anak-anak Kedah ini berupaya membangunkan projek ikonik yang bertaraf dunia," katanya ketika berucap pada majlis praperasmian Eagle's Nest Skywalk Langkawi di sini semalam.
Terletak di puncak Gunung Machinchang pada ketinggian 645 meter dari aras laut, Muhammad Sanusi berkata pembinaan Eagle's Nest Skywalk yang menelan kos RM30 juta direka bentuk dengan mengambil ilham daripada ikon Langkawi iaitu burung helang.
Katanya, Eagle's Nest Skywalk yang memiliki dek langit sepanjang 38 meter dan merupakan 'free standing skywalk' terpanjang di dunia dijangka berupaya menarik lebih ramai pelancong ke pulau bebas cukai tersebut.
Sementara itu, Muhammad Sanusi berkata penglibatan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) negeri seperti MBI Kedah bersama-sama syarikat swasta dalam projek pembangunan di negeri ini penting khususnya untuk industri pelancongan.
Katanya, jalinan kerjasama GLC bersama penggerak industri khususnya di pulau peranginan ini dapat mengembangkan lagi potensi pembangunan ekonomi dan pelancongan di Kedah.
"Saya berharap projek-projek baharu yang lain akan terus dibangunkan dan mampu memberikan impak yang positif seterusnya limpahan ekonomi yang dapat dinikmati oleh penduduk Langkawi Permata Kedah yang kita cintai ini," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Fri May 26 2023
Eagle's Nest Skywalk Langkawi yang menjadi tarikan terbaharu pulau peranginan ini dijangka dibuka kepada orang ramai selepas pembinaannya siap sepenuhnya dalam tempoh dua bulan lagi. --fotoBERNAMA
Kopi, kanvas seni Tyler Wong
Kopi ialah kanvas untuk Tyler Wong mempamerkan kemahiran dalam mencipta seni latte yang rumit namun indah.
AWANI Ringkas: Lawatan sempena mesyuarat khas WEF
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Negara perlu 6,000 veterinar tampung keperluan industri
Malaysia juga berhasrat untuk memenuhi nisbah seorang doktor haiwan kepada 5,000 penduduk.
Pindaan Garis Panduan Lawatan: Sekolah diharap susun semula program - Fadhlina
Semua sekolah diharap dapat menyusun semula program lawatan masing-masing berikutan pindaan Garis Panduan Lawatan Murid Sekolah.
Kerajaan proaktif tangani ajaran sesat masuk ke negara ini
Kerajaan sentiasa ambil langkah proaktif sekat penyebaran ajaran sesat ataupun fahaman yang bertentangan dengan akidah umat Islam di negara ini.
AWANI Pagi: Hari sedunia bagi keselamatan & kesihatan di tempat kerja 2024
Memahami kaitan perubahan iklim kepada isu keselamatan dan kesihatan pekerjaan, yang diangkat sebagai tema Hari Sedunia bagi Keselamatan dan Kesihatan di Tempat Kerja tahun ini. Diskusi bersama Ts Mohd Soffian Osman, Perunding Keselamatan & Kesihatan Awam, Safety Management Academy 7.30 pagi nanti
Jualan kediaman kekal memberangsangkan - TA Global
Kenaikan harga hartanah akibat tekanan inflasi ke atas harga bahan binaan tidak menghalang hasrat rakyat Malaysia untuk memiliki rumah idaman.
Rakyat Israel desak kerajaan bawa pulang tebusan yang tinggal
Ribuan berkumpul di Tel Aviv pada Sabtu malam bagi mendesak kerajaan Israel mencapai perjanjian gencatan senjata dengan Hamas dan membawa pulang tebusan yang tinggal
Hamas keluarkan video dua tebusan Israel
Kumpulan pejuang Hamas mengedarkan video menampilkan dua tahanan Israel yang menyeru kepada Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu, untuk memenuhi perjanjian pembebasan mereka.
Israel sedia tangguh serangan ke atas Rafah
Israel bersedia menangguhkan serangan ke Rafah jika perjanjian pembebasan tahanan Hamas tercapai. Menteri Luar Israel, Israel Katz, menegaskan keutamaan pembebasan tahanan.
Tarikan baharu Langkawi, Eagle's Nest Skywalk dijangka siap dua bulan lagi
Projek tersebut yang dimulakan pada 2019 menghadapi pelbagai cabaran yang menyebabkan kerja-kerja pembinaannya ditangguhkan.