awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
Empat hektar hutan simpan di Banting terbakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tarikh debat Najib Razak - Anwar Ibrahim akan diketahui hari ini!

Astro Awani
Astro Awani
17/04/2022
03:27 MYT
Tarikh debat Najib Razak - Anwar Ibrahim akan diketahui hari ini!
Astro AWANI akan menyiarkan sidang media debat antara Najib Razak dan Anwar Ibrahim secara langsung menerusi saluran 501 serta di semua platform digital pada pukul 12.30 tengah hari ini.
KUALA LUMPUR: Teka-teki berhubung tarikh debat antara bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkaitan isu Sapura Energy Bhd (SEB) dijangka diketahui hari ini.
Tarikh yang ditunggu-tunggu ramai itu akan diumumkan dalam satu sidang media yang akan diadakan pada pukul 12.30 tengah hari ini di ibu negara.
Sebelum ini, wakil kedua-dua pihak, Pengarah Komunikasi Parti Keadilan Rakyat (PKR), Fahmi Fadzil dan Ketua Penerangan Barisan Nasional (BN) Selangor, Isham Jalil mengesahkan akan membuat pengumuman tersebut secara bersama.
Sidang media tersebut akan turut mengumumkan lokasi dan organisasi media mana yang bakal menyiarkan debat berkenaan.
Keputusan itu dicapai selepas beberapa siri pertemuan bagi membincangkan sesi debat antara Ahli Parlimen Pekan dan Ahli Parlimen Port Dickson itu.
Anwar dan Najib sebelum ini telah menyatakan persetujuan untuk berdebat mengenai isu keperluan untuk menyelamatkan syarikat minyak dan gas kedua terbesar di dunia, SEB yang ketika ini mengalami krisis kewangan yang teruk.
SEB yang juga sebuah syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dilaporkan mencatat kerugian sebanyak RM8.9 bilion pada tahun kewangan berakhir 31 Januari 2022.
Astro AWANI akan menyiarkan sidang media berkenaan secara langsung menerusi saluran 501 serta di semua platform digital.
Pastikan anda tidak ketinggalan menonton sidang media itu pada pukul 12.30 tengah hari ini.
Topic Berkaitan
#Anwar Ibrahim
#Najib Razak
#debat Najib - Anwar
#Sapura Energy
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan