PUTRAJAYA: Tarikh bagi Mahkamah Rayuan menyampaikan keputusannya berhubung rayuan oleh seorang remaja yang didapati bersalah kerana membunuh 23 penghuni tahfiz dalam kebakaran pada tahun 2017 di Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah, ditunda ke 11 Sept.
Mahkamah itu juga pada hari yang sama akan membuat keputusan berhubung rayuan pihak pendakwaan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi melepas dan membebaskan seorang lagi remaja terhadap pertuduhan yang sama tanpa memanggil dia untuk membela diri.
Mahkamah sebelum ini menetapkan 14 Julai ini untuk membuat keputusan berkenaan. Tarikh itu telah dilapangkan.
Pihak pendakwaan dan pembelaan dalam kes ini telah dimaklumkan oleh mahkamah berhubung pertukaran tarikh itu menerusi surat bertarikh 20 Jun lepas.
Peguam Haijan Omar ketika dihubungi mengesahkan keputusan berhubung penjadualan semula tarikh itu.
Pada 11 Mei lepas tiga anggota panel Mahkamah Rayuan yang terdiri daripada Datuk Abu Bakar Jais, Datuk Che Mohd Ruzima Ghazali dan Datuk See Mee Chun menetapkan 14 Julai untuk menyampaikan keputusan mereka berhubung rayuan itu selepas mendengar hujahan daripada Timbalan Pendakwa Raya How May Ling, dan Haijan yang mewakili kedua-dua remaja itu.
Pada 17 Ogos 2020 remaja berumur 22 tahun itu telah disabitkan oleh Mahkamah Tinggi dengan kesalahan membunuh, dan remaja itu diperintahkan supaya ditahan di penjara selama diperkenankan Yang-di-Pertuan Agong.
Pada tarikh yang sama Mahkamah TInggi membebas dan melepaskan seorang lagi remaja berumur 22 tahun bagi pertuduhan yang sama tanpa perlu memanggil dia untuk membela diri.
Mengikut pertuduhan, kedua-dua remaja berusia 16 tahun itu ketika kejadian, bersama seorang lagi individu tidak dikenali, didakwa membunuh dan menyebabkan kematian 23 orang yang menghuni pusat tahfiz di Jalan Keramat Hujung, Kampung Datuk Keramat, Wangsa Maju di sini, antara 4.15 pagi dan 6.45 pagi pada 14 Sept 2017.
Pada pendengaran rayuan, Haijan berhujah bahawa tiada saksi yang memberi keterangan bahawa remaja itu membakar sekolah berkenaan, sambil menambah bahawa pihak pendakwaan hanya bergantung kepada keterangan mengikut keadaan untuk menyokong kes mereka.
Sementara itu, dalam rayuan pihak pendakwaan terhadap pembebasan remaja kedua, How May Ling berhujah kebakaran itu pasti berpunca daripada lebih daripada seorang pelaku kerana adalah mustahil untuk seorang remaja lelaki berusia 16 tahun mengangkat dua tong gas seberat 28 kilogram sekali gus.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Jul 12 2023
Mahkamah sebelum ini menetapkan 14 Julai ini untuk membuat keputusan berkenaan. - Gambar hiasan
Houthi tembak Kapal Tangki Minyak Andromeda Star di Laut Merah
Kumpulan Houthi terus melancarkan serangan ke atas kapal komersial di Laut Merah dan terbaharu serangan peluru berpandu mengenai kapal tangki minyak Andromeda Star.
Ratusan rumah, bangunan rosak dibadai puting beliung
Ratusan rumah, bangunan dan ladang ternakan di Omaha, Nebraska rosak akibat kejadian Puting beliung yang membadai kawasan itu pada petang Jumaat.
Hamas sudah terima maklum balas Israel mengenai cadangan gencatan senjata
Rundingan sebelum ini pada November lepas menyaksikan pembebasan 81 rakyat Israel dan 24 warga asing dengan pertukaran 240 warga Palestin termasuk 71 wanita dan 169 kanak-kanak.
95 kanak-kanak mangsa diselamatkan di India
Seramai 95 kanak-kanak berumur empat hingga 12 tahun diselamatkan di Uttar Pradesh di utara India, dipercayai mangsa pemerdagangan manusia dari negeri jiran, Bihar.
Pesara tentera diminta kemaskini data di JHEV
Jelas Adly setakat ini lebih 213 ribu veteran berdaftar dengan jabatan tersebut, berbanding sekitar 300,000 yang telah bersara dalam perkhidmatan.
10 Berita Pilihan - (27 April 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad - 28 April 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
AWANI Ringkas: UM mohon maaf kepada rakyat Malaysia
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Jangan sentuh isu 3R sepanjang kempen PRK Kuala Kubu Baharu
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) diminta untuk meningkatkan pemantauan bagi mengesan sebarang hantaran yang menyalahi undang-undang.
U Mobile buka kedai pertama di Sabah
pembukaan kedai U Mobile pertama di Sabah adalah sebahagian daripada perancangan untuk memastikan penduduk negeri itu dapat menikmati perkhidmatan pelanggan serta rangkaian produk inovatif U Mobile.
Kebakaran tahfiz: Pemuda rayu ke Mahkamah Persekutuan terhadap sabitan bunuh
Seorang pemuda memfailkan rayuan di Mahkamah Persekutuan atas sabitan membunuh dan perintah ditahan di penjara selama diperkenankan Yang di-Pertuan Agong berhubung kebakaran di Pusat Tahfiz Darul Qura
Tarikh keputusan terhadap rayuan remaja dalam kes kebakaran tahfiz ditunda ke 11 Sept
Tarikh bagi Mahkamah Rayuan menyampaikan keputusannya berhubung rayuan oleh seorang remaja yang didapati bersalah kerana membunuh 23 penghuni tahfiz dalam kebakaran pada tahun 2017 ditunda.
Keputusan rayuan remaja bunuh penghuni pusat tahfiz pada 14 Julai
Mahkamah Rayuan menetapkan 14 Julai untuk menyampaikan keputusannya terhadap rayuan seorang remaja yang didapati bersalah membunuh 23 orang dalam kebakaran di Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah.
Tiada saksi mata lihat kebakaran pusat tahfiz - Peguam
Mahkamah Rayuan hari ini diberitahu bahawa tiada saksi mata menyaksikan kejadian kebakaran di Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah yang mengorbankan 23 penghuni, enam tahun lepas.
Kes bunuh penghuni tahfiz: Rayuan remaja didengar 9 Mac 2023
Remaja itu yang kini berusia 21 tahun, merayu terhadap keputusan Mahkamah Tinggi pada 17 Ogos 2020 yang memerintahkannya ditahan di penjara.
Pasca 3 tahun Ittifaqiyah: Sejauh mana kita menginsafi tragedi tersebut?
Sekalipun tragedi ini mengundang rasa amarah ramai orang, namun kita tidak dapat nafikan betapa ia telah menjadi asbab kepada perlaksanaan beberapa inisiatif dan langkah drastik oleh pihak berkaitan.
Remaja dihukum penjara kerana membunuh 23 individu di pusat tahfiz, failkan rayuan
Satu notis rayuan difailkan terhadap perintah Mahkamah Tinggi pada 17 Ogos itu menerusi sistem e-filing sehari selepas mahkamah membuat keputusan.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini, Isnin, 17 Ogos 2020.
Remaja bawah umur bersalah bunuh 23 penghuni tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah
Pihak pembelaan gagal membuktikan keraguan yang munasabah atas kesemua 23 pertuduhan membunuh, mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
Nasib remaja didakwa bunuh 23 pelajar tahfiz diketahui hari ini
Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Azman Abdullah dijadualkan membuat keputusan itu pada 2.30 petang.