awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
JKSB terima dua pengiktirafan MBOR untuk sistem Pengurusan Trafik AI Pintar
Agong lawat dua pusat pembuatan pertahanan teknologi canggih di Abu Dhabi
Peniaga di destinasi pelancongan diingatkan tidak naikkan harga, tipu sukatan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tarikh luput vaksin COVID-19 dipanjangkan - KP Kesihatan

Bernama
Bernama
10/01/2023
09:49 MYT
Tarikh luput vaksin COVID-19 dipanjangkan - KP Kesihatan
Tarikh luput vaksin COVID-19 yang digunakan di negara ini telah dipanjangkan tempohnya susulan penemuan data baharu mengenai kestabilan vaksin itu oleh syarikat pengeluar. - Gambar fail/AP
PUTRAJAYA: Tarikh luput vaksin COVID-19 yang digunakan di negara ini telah dipanjangkan tempohnya susulan penemuan data baharu mengenai kestabilan vaksin itu oleh syarikat pengeluar, kata Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.
"Bila NPRA (Bahagian Regulatori Farmasi Negara) memberi kelulusan bersyarat, ada rolling submission seperti data-data terkini diberikan, kita lihat vaksin tersebut lebih stabil.
"Jadi (tarikh luput) vaksin itu kami panjangkan walaupun pada botol dah kata luput, kami panjangkan dalam enam bulan ke setahun bergantung pada data kestabilan yang kami terima dari syarikat (pengeluar)," katanya pada Sesi Libat Urus Menteri Kesihatan Bersama Media di sini hari ini.
Pada November lepas, Dr Noor Hisham dilaporkan berkata NPRA telah meluluskan permohonan melanjutkan tempoh luput bagi vaksin CoronaVac dan Comirnaty, masing-masing bagi tempoh enam dan tiga bulan lagi berbanding tarikh asal yang dicetak pada label bebuli.
Pakar Perubatan Kesihatan Awam Bahagian Pembangunan Kesihatan Keluarga KKM Dr Saidatul Norbaya Buang pada sesi libat urus sama berkata secara purata pada masa ini sebanyak 7,000 suntikan dos penggalak kedua diberikan kepada penerima setiap hari.
Beliau berkata suntikan dos penggalak ditawarkan di 1,293 pusat pemberian vaksin (PPV) di seluruh negara iaitu di 104 hospital KKM, 754 klinik kesihatan dan 435 PPV swasta.
Beliau berkata individu dalam kumpulan keutamaan boleh mendapatkan vaksinasi tanpa janji temu atau secara 'walk-in' di hospital, klinik kesihatan atau PPV swasta, manakala kategori selain itu perlu membuat tempahan janji temu melalui aplikasi MySejahtera atau menelefon ke PPV swasta.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#tarikh luput
#vaksin COVID-19
#Ketua Pengarah Kesihatan
#Dr Noor Hisham Abdullah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan