awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sambutan Krismas meriah dengan upacara keagamaan, aktiviti bersama keluarga
Krisis politik Perlis: Speaker sahkan berlaku kekosongan luar jangka tiga DUN
“Mak pergi dengan satu nafas yang tenang, dia tersenyum…” - Anuar Zain sebak
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tarikh melihat anak bulan Ramadan pada 23 April

Bernama
Bernama
17/04/2020
06:09 MYT
Tarikh melihat anak bulan Ramadan pada 23 April
Majlis Raja-Raja mempersetujui bahawa cara menetapkan tarikh permulaan puasa adalah berdasarkan Rukyah serta Hisab. Gambar fail.
Tarikh melihat anak bulan Ramadan bagi menentukan permulaan puasa umat Islam seluruh Malaysia adalah pada Khamis, 23 April ini bersamaan 29 Syaaban 1441 Hijrah.
Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, Majlis Raja-Raja dalam satu kenyataan di sini, hari ini menyatakan tempat melihat anak bulan Ramadan ketika Perintah Kawalan Pergerakan dilakukan di 15 kawasan terpilih.
Tempat berkenaan ialah di Pontian Kecil di Johor; Kompleks Falak Al-Khawarizmi, Kampung Balik Batu, Tanjung Bidara di Melaka; Telok Kemang, Port Dickson (Negeri Sembilan); Balai Cerap Selangor, Sabak Bernam (Selangor); Pantai Pasir Panjang, Mukim Pengkalan Baru, Manjong (Perak).
Pusat Falak Sheikh Tahir, Pantai Aceh (Pulau Pinang); Menara Alor Setar (Kedah); Balai Cerap KUSZA, Mukim Merang, Setiu (Terengganu); Menara Bangunan SEDC di Jalan Tengku Putera Semerak, Kota Baharu (Kelantan).
Teluk Bandung, Kuching (Sarawak); Balai Cerap Al-Biruni, Tanjung Dumpil, Putatan (Sabah); Bukit Pelindong, Kuantan (Pahang); Tingkat 13, Menara Universiti Malaysia Sabah, Kampus Antarabangsa (Labuan); Menara Kuala Lumpur (Kuala Lumpur); dan Kuala Sungai Baru, Simpang Empat (Perlis).
Menurut kenyataan itu, Majlis Raja-Raja mempersetujui bahawa cara menetapkan tarikh permulaan puasa adalah berdasarkan Rukyah serta Hisab.
"Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Malaysia akan mengisytiharkan pada malam itu juga tarikh Permulaan Puasa yang ditetapkan menerusi Radio dan Televisyen," menurut kenyataan itu.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Alor Setar
#anak bulan
#Islam
#Kedah
#Kuala Lumpur
#Kuantan
#Kuching
#Malaysia
#Negeri Sembilan
#Pahang
#puasa
#Ramadan
#tarikh
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan